BERAKAS 4 Jun – Brunei Darussalam hari ini sekali lagi merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 379 berbanding 342 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 150,058. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 377 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala dua kes lagi hasil daripada 196 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, dua kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes…
Read MoreKumpulan pertama jemaah haji ke Madinah
SEPANG 4 Jun – Kumpulan pertama 295 jemaah menjadi kumpulan haji pertama Malaysia bagi musim 1443H/2022 berlepas ke Tanah Suci hari ini. Penerbangan pertama hari ini berlepas pukul 1.35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dengan menggunakan penerbangan Saudi Airlines. Penerbangan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada pukul 4.55 petang (waktu Arab Saudi). Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, meluangkan masa menyantuni jemaah terpilih mengerjakan rukun Islam kelima itu dalam satu majlis mengucapkan selamat jalan di Pusat Konvensyen Movenpick di sini…
Read MoreTiga jemaah pertama positif Covid-19
SEPANG 4 Jun – Tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan pertama ke Tanah Suci bagi musim 1443H/2022, disahkan positif Covid-19, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata individu disahkan positif itu sudah memaklumkan lebih awal keputusan ujian saringan RT-PCR Covid-19 mereka kepada TH. “TH menasihati mereka supaya melalui proses atau prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Mereka perlu menjalani proses kuarantin dan selepas itu apabila tiada lagi apa-apa simptom, mereka boleh mendapatkan nasihat pihak hospital atau doktor dan menjalani ujian PCR sekali lagi.…
Read MoreKanada sahkan 58 kes cacar monyet
OTTAWA: Kanada mengesahkan 58 kes jangkitan membabitkan wabak cacar monyet setakat ini termasuk 52 kes dikesan di Quebec, lima di Ontario dan satu dari Alberta, kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam negara itu Theresa Tam. Katanya, pendedahan kepada wabak itu “tidak eksklusif kepada kumpulan atau persekitaran tertentu kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu jika berhubung rapat dengan individu dijangkiti atau objek tercemar. Setakat ini, sekurang-kurangnya 550 kes cacar monyet dilaporkan dari 30 negara di seluruh dunia,p. Cacar monyet adalah jangkitan zoonosis silvatik yang bermaksud boleh berjangkit daripada haiwan…
Read MoreBerita pilihan…
16,103,423 dapat dos penggalak
PUTRAJAYA 4 Jun – Sebanyak 1,191,976 atau 33.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam. Semalam, sebanyak 5,909 kanak-kanak melengkapkan vaksinasi mereka manakala 1,785 mendapatkan dos pertama yang membawa kepada 1,732,523 atau 48.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 2,915,979 remaja berumur 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka termasuk 522 yang tampil mendapatkan dos kedua semalam. Pada masa yang sama 94 lagi remaja tampil mendapatkan dos…
Read MoreKes harian di Malaysia 1,844
PUTRAJAYA 4 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini kekal di bawah 2,000 kes dengan merekodkan 1,844 berbanding 1,877 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,512,040. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan. Di samping itu, sebanyak 23,046 kes aktif dilaporkan di mana 22,033 (95.6 peratus) sedang menjalani kuarantin di rumah, sebanyak 25 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Sebanyak 961 kes (4.2 peratus) di hospital; 10 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan…
Read MoreMedia Hari Ini 04.06.2022
Kes harian Singapura meningkat
BANGKOK 3 Jun – Sebanyak 2,976 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 2,560 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,460,556 kes. Di samping itu sebanyak 32 lagi kematian direkodkan berbanding 34 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,113 orang meninggal dunia. Sehingga semalam (Khamis) sebanyak 34,898 pesakit menerima rawatan termasuk 15,120 di hospital di mana 818 dalam keadaan kritikal dan 398 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 4,238 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,395,545…
Read More643 kes cacar monyet di 26 negara
ZURICH: Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara sehingga awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Maria Van Kerkhove. Beliau berkata sejak 13 Mei hingga 1 Jun, jumlah jangkitan keseluruhan mencecah 643 hingga 650, dengan pelbagai kes yang disyaki telah dikenal pasti. Kadar jangkitan tertinggi direkodkan di United Kingdom dengan 190 kes, Sepanyol (142), Portugal (119) manakala Jerman (44) Ahli epidemiologi pada masa ini perlu menilai risiko penularan cacar monyet di seluruh dunia, memeriksa genom virus dan mengesan kemungkinan…
Read More