127.3 hektar di Pulau Sebatik milik Indonesia

JAKARTA – Kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia.

Ketua Staf Presiden (KSP), M Qodari, berkata, perubahan itu adalah hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia.

Pada masa yang sama, penyelesaian sempadan itu turut menyebabkan kawasan seluas 4.9 hektar, di Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia.

“Kepantasan menangani isu ini menyaksikan penyelesaian penegasan batas darat wilayah negara Indonesia dan Malaysia di Pulau Sebatik,” katanya dalam sidang media di Kompleks Istana Kepresidenan.

Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan pasukan bagi mengira pampasan kepada penduduk Indonesia yang kini menetap di kawasan yang berada dalam wilayah Malaysia itu.

“Menghitung ganti rugi tanah dan lahan masyarakat bergantung kepada penegasan sempadan wilayah di Pulau Sebatik,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment