Turki kini dikenali Turkiye

NEW YORK 3 Jun – Turki memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa negara itu atas arahan Presidennya, kini mahu dikenali sebagai ‘Turkiye’ dalam semua bahasa.

“Perubahan itu berkuat kuasa serta-merta,” kata Stephane Dujarric yang juga jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam.

Surat rasmi daripada Ankara berhubung perubahan itu sudah diterima Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin.

Sehari sebelum itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavasoglu, menciap gambar menunjukkan beliau sedang menandatangani surat itu yang dialamatkan kepada Guterres.

“Dengan surat yang saya kirim kepada Setiausaha Agung PBB ini, kami mendaftar nama negara kami dalam bahasa asing di PBB sebagai ‘Turkiye’,” tulisnya.

Beliau berkata, perubahan itu sejajar proses ‘menaikkan nilai jenama negara’ atas inisiatif dicetuskan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang telah memimpin negara berkenaan selama hampir dua dekad.

Sejak beberapa tahun lalu, negara itu menggerakkan perubahan jenama produknya kepada ‘buatan Turkiye’.

Related posts

Leave a Comment