Vaksin bawah umur 5 tahun di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan memulakan program vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak berusia di bawah umur lima tahun seawal 21 Jun ini dengan memperuntukkan 10 juta vaksin kepada pihak berkuasa negeri dan tempatan.

Menurut Penyelaras Tindak Balas Covid-19 White House, Ashush Jha, pihaknya

yakin negara itu mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi daripada Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk memulakan program kepada golongan tersebut.

Rabu lalu, Pfizer-BioNTech menyelesaikan pemfailan mereka dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk mendapatkan kebenaran bagi vaksin untuk golongan terbabit.

Setakat ini, tiada suntikan vaksin Covid-19 diluluskan untuk kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut di kebanyakan bahagian dunia.

Moderna Mac lalu mengeluarkan data percubaan yang menunjukkan formulasi dua dos vaksinnya selamat dan menghasilkan tindak balas imun yang sama pada kanak-kanak seperti pada orang dewasa.

Related posts

Leave a Comment