342 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 3 Jun  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 342 kes berbanding 367 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 149,679.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 339 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala tiga kes lagi hasil daripada 223 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Tiada kes dilaporkan bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Beliau memberitahu , sebanyak 301 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 147,585 manakala jumlah kes aktif sebanyak 1,871 iaitu lima sedang dirawat di hospital, manakala 1,866 sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu semalam, sebanyak 179 dos pertama vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang membawa kepada 81.7 peratus.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,025 dos kedua diberikan kepada kanak-kanak pada usia berkenaan menjadikan 53.2 peratus menerima dua dos manakala 70.9 peratus penduduk dewasa mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment