Peningkatan kes harian di Malaysia

PUTRAJAYA 3 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,877 kes semalam berbanding 1,809 kelmarin (1 Jun) menjadikan jumlah keseluruhan jumlah keseluruhan 4,510,196.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak enam kes import dilaporkan.

Di samping itu, sebanyak 23,208 kes aktif dilaporkan di mana 22,204 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala dua kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,680;orang meninggal dunia setakat semalam.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 886 berbanding 763 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada

1,367,812 orang.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 315 berbanding 386 kes kelmarin, diikuti Perak 141 (151), Pulau Pinang 125 (113) dan Negeri Sembilan 121 (140).

Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan 57 kes berbanding 39 kelmarin disusuli Melaka 55 (64), Kedah 46 (36), Johor 42 (38), Sabah 32 (28), Pahang 17 (13), Kelantan 14 (15), dan Sarawak 14 (23).

Negeri yang mencatatkan di bawah 10 kes pula adalah Terengganu 7 (7), Perlis 4 (5) dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 (1).

Related posts

Leave a Comment