Kanada sahkan 58 kes cacar monyet

OTTAWA: Kanada mengesahkan 58 kes jangkitan membabitkan wabak cacar monyet setakat ini termasuk 52 kes dikesan di Quebec, lima di Ontario dan satu dari Alberta, kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam negara itu Theresa Tam.

Katanya, pendedahan kepada wabak itu “tidak eksklusif kepada kumpulan atau persekitaran tertentu kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu jika berhubung rapat dengan individu dijangkiti atau objek tercemar.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 550 kes cacar monyet dilaporkan dari 30 negara di seluruh dunia,p.

Cacar monyet adalah jangkitan zoonosis silvatik yang bermaksud boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia dan wabak ini biasanya merebak di bahagian hutan di Afrika Tengah dan Barat.

Sementara itu, di Paris,  jumlah kes cacar monyet di Perancis telah melepasi 50, dengan lebih daripada 20 rakyatnya telah melancong ke luar negara sebelum menunjukkan simptom jangkitan.

Semua kes membabitkan golongan lelaki berumur antara 22 hingga 63 tahun dan tiada kematian berkaitan cacar monyet dilaporkan setakat ini.

Related posts

Leave a Comment