Kes harian di Malaysia 1,844

PUTRAJAYA 4 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini kekal di bawah 2,000 kes dengan merekodkan 1,844 berbanding 1,877 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,512,040.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan.

Di samping itu, sebanyak 23,046 kes aktif dilaporkan di mana 22,033 (95.6 peratus) sedang menjalani kuarantin di rumah, sebanyak 25 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 961 kes (4.2 peratus) di hospital; 10 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 17 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Manakala satu kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,681 orang meninggal dunia setakat semalam.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 813 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 375 kes, Perak 129 kes, Negeri Sembilan 112 dan Pulau Pinang 111 kes.

Ini diikuti Melaka 65 kes, Sabah 51 kes, Kedah 44 kes, Johor 39 kes, Sarawak 28 kes, WP Putrajaya 26 kes, Pahang 19 kes, Kelantan 14 kes, Terengganu 13 kes dan Perlis lima kes manakala sifar kes di Wilayah Persekutuan Labuan.

Related posts

Leave a Comment