Kes harian Singapura meningkat

BANGKOK 3 Jun – Sebanyak 2,976 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 2,560 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,460,556 kes.

Di samping itu sebanyak 32 lagi kematian direkodkan berbanding 34 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,113 orang meninggal dunia.

Sehingga semalam (Khamis) sebanyak 34,898 pesakit menerima rawatan termasuk 15,120 di hospital di mana 818 dalam keadaan kritikal dan 398 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 4,238 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,395,545 orang pesakit pulih.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), individu yang meninggal dunia berumur antara 20 hingga 101 tahun dengan Bangkok mencatatkan tiga kematian

Related posts

Leave a Comment