16,103,423 dapat dos penggalak

PUTRAJAYA 4 Jun – Sebanyak 1,191,976 atau 33.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Semalam, sebanyak 5,909 kanak-kanak melengkapkan vaksinasi mereka manakala 1,785 mendapatkan dos pertama yang membawa kepada 1,732,523 atau 48.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 2,915,979 remaja berumur 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka termasuk 522 yang tampil mendapatkan dos kedua semalam.

Pada masa yang sama 94 lagi remaja tampil mendapatkan dos pertama menjadikan 3,011,714 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Di samping itu, 1,174 tampil mendapatkan dos penggalak menjadikan sejumlah 16,103,423 orang atau 68.4 peratus sudah menerima dos itu setakat semalam.

Sejumlah 22,976,190 atau 97.7 peratus daripada kumpulan dewasa melengkapkan vaksinasi mereka termasuk 224 individu semalam manakala 23,252,505 atau 98.9 peratus mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 9,849 dos harian diberikan semalam meliputi 2,020 dos pertama, 6,655 dos kedua dan 1,174 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,970,006.

Related posts

Leave a Comment