Ramasamy tidak ada hala tuju

HULU SELANGOR 1 Mei – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy adalah seorang yang tidak mempunyai hala tuju dan tidak tentu arah serta berpolitik berasaskan dendam kerana tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya sebelum ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata , Ramasamy yang juga Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) bebas untuk berkata apa sahaja, namun, beliau yakin rakyat Malaysia termasuk pengundi di DUN KKB bijak untuk menilai “Kalau ikut hujah Ramasamy, dia ni tak tentu arah. Dia ini orang yang tiada hala tuju. Dia kata…

Read More

Serangan ke atas Rafah beri kesan buruk

KANADA: Serangan ke atas Rafah akan memberi kesan buruk yang tidak dapat ditanggung kerana mengorbankan ribuan orang awam dan memaksa ratusan ribu lagi melarikan diri, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres Justeru beliau menggesa mana-mana pihak khususnya kuasa besar dunia yang mempunyai pengaruh ke atas Israel supaya menghentikan tindakan rejim Zionis yang melancarkan operasi ketenteraan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Pada sidang media di Hamilton, beliau berkata serangan tentera bukan sahaja akan memberi impak buruk kepada rakyat Palestin di Gaza tetapi juga kesan yang ketara di seluruh…

Read More

Israel tekad serang Rafah

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar menyerang Rafah di selatan Semenanjung Gaza walaupun terdapat laporan kemungkinan adanya perjanjian gencatan senjata dengan Hamas. “Idea bahawa kita akan menghentikan perang sebelum mencapai semua objektif adalah di luar persoalan,” kata Netanyahu ketika pertemuan dengan keluarga tentera Israel, seperti dipetik dalam satu kenyataan dari pejabatnya. Katanya, idea bahawa Israel akan menghentikan perang sebelum mencapai semua objektif adalah di luar persoalan, sebaliknya  tentera Israel akan memasuki Rafah untuk memusnahkan batalion Hamas “dengan atau tanpa perjanjian.” Menurut Netanyahu, pemindahan orang awam dari Rafah telah bermula…

Read More

Malaysia sedia bersama rawat rakyat Palestin

RIYADH: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis. Anwar menyatakan kesediaan itu kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani ketika mereka mengadakan pertemuan dua hala di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini, hari ini. Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan Malaysia kepada Qatar atas peranan negara itu membantu usaha membawa keluar rakyat Malaysia Nurul…

Read More

QSR tutup sementara cawangan KFC terpilih

KUALA LUMPUR 30 April –  QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia menutup sementara cawangan terpilih berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini. Dalam satu kenyataan, QSR Brands, bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah penutupan serta lokasinya. Menurut kenyataan itu, penutupan adalah sebahagian daripada usahanya menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada operasi perniagaan di kawasan yang lebih baik. “Kakitangan dari cawangan yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang masih beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perniagaan yang menerima pelanggan yang lebih tinggi,”…

Read More

Brunei – Thailand tingkat kerjasama

BANGKOK 29;April –  Thailand dan Brunei menegaskan semula komitmen mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini. Dalam satu kenyataan bersama, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah melahirkan rasa puas hati dengan hubungan baik yang telah lama terjalin Kedua-dua negara akan terus mengukuhkan kerjasama dalam bidang yang saling menguntungkan seperti kerjasama politik, ekonomi, pertukaran rakyat dengan rakyat, perubahan iklim dan pembangunan serantau. “Kedua-dua negara mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, industri halal,…

Read More

Polis, SPR diminta bertindak isu logo UMNO DAP

HULU SELANGOR 29 April – Pemuda UMNO Selangor mendesak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap provokasi oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mencantumkan logo UMNO dan DAP pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Sabtu lalu. Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Imran Tamrin, berkata tindakan jelas menyalahi Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. “Tindakan itu memang jelas dan sengaja dilakukan PN melalui penyokongnya dengan niat jahat mendatangkan rasa sakit hati atau tidak senang yang boleh membawa perpecahan…

Read More

ATM lancar Tabung Tragedi Lumut 24

KUALA LUMPUR 29 April.  Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini melancarkan Tabung Tragedi Lumut 24 bagi membantu keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pada 23 April lalu. Markas ATM dalam kenyataan, hari ini berkata tabung khas itu ditubuhkan atas inisiatif Kementerian Pertahanan dan ATM bagi memudahkan orang ramai dan warga ATM menyalurkan bantuan kepada semua keluarga mangsa. Menurut kenyataan itu, Tabung Tragedi Lumut 24 ini akan diaktifkan bermula hari ini sehingga akhir Jun depan. Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang…

Read More