Terhempas semasa sesi latihan

IPOH 4 Mei – Insiden pesawat ringan terhempas di kawasan ladang getah di Hutan Simpan Gunung Besout dekat Sungkai di Tanjung Malim pagi ini dikatakan berlaku ketika sesi latihan penerbangan, kata Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau memberitahu, ketika kejadian pesawat jenis Cessna 172 Skyhawk bernombor pendaftaran 9M-ADA milik syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA) yang berpangkalan di Ipoh sedang menjalani latihan penerbangan antara Ipoh dan Tanjung Karang di Selangor.

Terdahulu, beliau berkata pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini pukul 7.59 pagi.

“Dua mangsa tercedera dalam insiden itu membabitkan juruterbang, Shahrul Imran Surea, 26, yang berasal dari Kuala Lumpur dan pembantu juruterbang, Ho Jia Lee, 20, dari Ipoh yang juga pelajar penerbangan.

Pesawat terhempas sewaktu bergerak untuk berpatah balik dari Tanjung Karang ke Ipoh untuk latihan penerbangan navigasi itu dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sekitar 9.30 pagi.

“Pada jam 9.55 pagi, bilik operasi LLA menerima panggilan bahawa pesawat itu mengalami kemalangan. Jadi pihak polis dan pihak keselamatan lain yang sampai di tempat kejadian mengambil langkah ‘secure’ (mengawasi) kawasan itu dan membawa mangsa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mengenai kecederaan mangsa, Mohd Yusri berkata Shahrul Imran patah kaki kanan, manakala Jia Lee mengalami bengkak pada muka.

Katanya, insiden difahamkan berlaku di kawasan hutan kecil di ladang milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan pesawat jatuh antara pokok-pokok di situ.

“Kita kawal keadaan untuk pastikan tiada orang awam memasuki kawasan itu untuk kita bantu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menjalankan siasatan. Polis akan mengawal kawasan itu kemudian CAAM akan ambil alih (siasatan).

“Siasatan masih di peringkat awal dan kita akan lihat dari pelbagai sudut dan kita pastikan pihak CAAM teruskan siasatan memandangkan nahas ini membabitkan pihak swasta,” katanya.

Nnnn

(foto Bomba & Polis Perak)

Related posts

Leave a Comment