Kubur besar ‘simpan’ 238 mayat

BANDAR RAYA GAZA: Sebuah kubur besar dijumpai di luar Hospital Nasser pada Sabtu selepas tentera Israel berundur dari bandar itu pada 7 April, setelah melakukan serangan darat selama empat bulan. Kubur yang mengandungi sekurang-kurangnya 283 mayat manusia itu ditemukan oleh petugas kesihatan di hospital yang terletak di bandar selatan Khan Yunis. Menurut laporan media, petugas agensi pertahanan awam Gaza mengeluarkan 73 lagi mayat daripada kubur besar itu, menjadikan jumlah semua mayat kepada 283 sejak Sabtu. Agensi pertahanan awam masih lagi mencari mayat dalam kubur itu. Sementara itu, Ismail al-Thawabteh daripada…

Read More

Kongres lapor Suruhanjaya Pilihan Raya

NEW DELHI: Kongres India, parti pembangkang utama India memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu semalam, mendakwa Perdana Menteri Narendra Modi secara terbuka menyasarkan minoriti Islam dalam satu ucapan kempen. Modi didakwa telah meminggirkan 200 juta penduduk Islam di India sedangkan lazimnya Perdana Menteri India akan mengelak daripada menggunakan atau merujuk secara terbuka terhadap perkara yang membabitkan agama. Bagaimanapun , pada perhimpunan pilihan raya di Rajasthan, Modi mendakwa pihak pembangkang sebelum ini mengatakan bahawa “penganut Islam mempunyai hak pertama ke atas kekayaan negara itu”. Beliau berkata jika pihak pembangkang…

Read More

MIPP anggotai Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR 22 April – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) diterima sebagai anggota penuh Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya, S P Punithan. Melalui satu kenyataan di Facebook malam ini, Punithan berkata, penerimaan itu Ini bukan sahaja satu pengiktirafan, malah mesej yang jelas bahawa PN memberikan keutamaan kepada kaum India yang juga kaum ketiga terbesar di negara ini. “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN dan seluruh kepimpinan parti atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara oleh Bersatu, Pas, Gerakan dan SAPP untuk menerima MIPP…

Read More

Kosmetik “ZMY Magnetic Aura Night Cream” mengandungi merkuri

PPUTRAJAYA 22 April –  Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan kosmetik “ZMY Magnetic Aura Night Cream” yang dikesan mengandungi racun berjadual, dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia. Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan (KKM) Rosilawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata KKM telah membatalkan notifikasi produk kosmetik berkenaan yang dikesan mengandungi merkuri. Katanya, merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana bahan itu boleh menyerap ke dalam badan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau janin, selain menyebabkan…

Read More

“UMNO nak berpeluk cium mulut DAP hak kamu”

SEPANG – Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu terus panas apabila seorang pemimpin MCA tampil meminta UMNO tidak campur tangan dalam sebarang keputusan yang dibuat parti itu. Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Koh Chin Han dalam kenyataan melalui Facebooknya hari ini bertanya, di mana logiknya mahukan parti komponen BN itu membantu parti yang berusaha bersungguh-sungguh hendak menjahanamkan MCA. “Kan dia orang (DAP) yang dah nyatakan mereka tak suka MCA, tak dengar ke pemimpin-pemimpin UMNO ini? “Cukuplah! Biarlah MCA buat keputusan sendiri, yang…

Read More

PRK: Tiba masa UMNO balas budi DAP

GERIK 22 April – DAP berharap UMNO dapat bekerja keras untuk membantu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, langkah itu boleh dianggap sebagai membalas jasa Pakatan Harapan (PH) terutama DAP yang memenangkan calon UMNO sewaktu PRK DUN Pelangai, di Pahang pada Oktober tahun lalu. Katanya, DAP berhempas-pulas menjalankan kempen di kawasan pengundi Cina agar memilih calon UMNO dan hasilnya BN meraih 98 peratus undi Cina, rekod yang tidak pernah…

Read More

Zafrul fail afidavit betulkan fakta

KUALA LUMPUR 22 April – Firma guaman, Cecil Abraham & Partners, hari ini memohon kebenaran memfailkan afidavit bagi membetulkan fakta tidak tepat dalam afidavit  Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum kes pengampunan Najib Razak. Permohonan bagi mewakili Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, melalui surat bertarikh hari ini yang dihantar kepada Setiausaha Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh. Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, afidavit diikrarkannya adalah untuk menangani secara khusus pengataan terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 itu yang diikrarkan oleh Timbalan Perdana Menteri…

Read More

Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada PM

PUTRAJAYA 22 April – Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan bekas Pengerusi Petronas, Mohd Hassan Marican dan tiga anggota jawatankuasa. Tiga ahli jawatankuasa itu terdiri daripada Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd,  Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi. Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya, berkata penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh…

Read More

Langkah bersepadu tangani pencemaran plastik

PUTRAJAYA 22 April –  Usaha menangani isu pencemaran plastik memerlukan langkah  bersepadu yang melibatkan kerajaan, perniagaan, komuniti dan individu. Menurut Jabatan Perikanan (DOF), semua pihak perlu mengurangkan pencemaran dan penggunaan plastik, meningkatkan kecekapan sistem pengurusan sisa selain menggalakkan penggunaan bahan alternatif bagi menangani isu itu. Dalam kenyataannya, DOF memaklumkan kajian menunjukkan jenis plastik yang kerap ditemui dalam persekitaran akuatik tempatan dan global ialah rayon, polietilena dan polipropilena. “Jenis plastik ini digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian terutama dalam industri pakaian, pembungkusan makanan dan lain-lain industri,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan…

Read More