Pesawat ringan terhempas, 2 selamat

IPOH 4 Mei – Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berkenaan dan dua mangsa selamat

“Kejadian berlaku pada jam 9.55 pagi dengan dua mangsa terbabit iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.

Related posts

Leave a Comment