Ramasamy tidak ada hala tuju

HULU SELANGOR 1 Mei – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy adalah seorang yang tidak mempunyai hala tuju dan tidak tentu arah serta berpolitik berasaskan dendam kerana tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata , Ramasamy yang juga Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) bebas untuk berkata apa sahaja, namun, beliau yakin rakyat Malaysia termasuk pengundi di DUN KKB bijak untuk menilai

“Kalau ikut hujah Ramasamy, dia ni tak tentu arah. Dia ini orang yang tiada hala tuju. Dia kata jangan undi Pakatan Harapan (PH) tapi, nak undi siapa lagi tanya dia? Dia tak jawab nak undi siapa.

“Dia kata jangan undi PH, jadi apa alternatif dia. He doesn’t have alternatif (dia tidak punya alternatif), maknanya orang ini dia berpolitik atas dendam sahaja, dia dendam pada DAP, dendam pada PH sebab tidak dicalonkan semula,” katanya selepas walkabout bersama calon PH yang mewakili DAP, Pang Sock Tao di sini, hari ini.

Loke diminta mengulas kenyataan Ramasamy sebelum ini apabila menggesa supaya masyarakat India memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, pada 11 Mei

Malah, Ramasamy turut pernah menggesa Perikatan Nasional (PN) menamakan calon dari kaum India untuk PRK kali ini.

Loke berkata, Ramasamy tidak perlu untuk membangkitkan soal boikot berkenaan dan sebaliknya Ramasamy perlu menyatakan secara jelas siapakah calon alternatif yang wajar dipilih oleh pengundi.

“Jadi, orang macam ini tak perlu jawab banyaklah, kita nak kerja, kita nak berkempen untuk memberikan penerangan kepada semua masyarakat apa yang kita nak lakukan sebagai kerajaan negeri,” katanya.

“Sebab sekarang Kerajaan Perpaduan (ada calon) Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN yang mewakili DUN. Jadi, apabila dipilih dia adalah wakil rakyat kerajaan negeri. Apapila wakil rakyat kerajaan negeri nak buat di kawasan ini, macam mana nak bantu rakyat dan ini yang kita nak bahaskan dan bincangkan di PRK.

“Jadi, orang yang tiada hala tuju, kalau kita ikut dia, kita pun tiada hala tujulah dan kita pun sesat,” kata.

Related posts

Leave a Comment