Jakarta bandar tercemar kedua di dunia

JAKARTA: Ibu negara Indonesia, Jakarta kini menduduki tempat kedua, sebagai bandar paling tercemar didunia.

Sejak Mei lalu, Jakarta disenaraikan antara 10 bandar paling tercemar di seluruh dunia dan minggu lalu mendahului kedudukan global yang disusun oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir.

Justeru, Indonesia akan memaksa pemandu menjalani ujian pelepasan karbon untuk menjadi sebahagian daripada proses mendapatkan lesen pendaftaran kenderaan dan mempertimbangkan separuh daripada penjawat awamnya bekerja dari rumah.

Kerajaan tidak menyatakan bila langkah itu akan diperkenalkan atau bagaimana ia akan dikuatkuasakan.

“Kami akan bermula di Jakarta dan apabila ia menjadi lebih baik, kami akan mengembangkannya ke Jakarta yang lebih besar,” kata Menteri Alam Sekitar, Siti Nurbaya Bakar, berkata perkara itu akan bermula di Jakarta.

Langkah lain yang sedang dipertimbangkan termasuk mewajibkan kereta dengan kapasiti enjin 2,400 cc dan ke atas menggunakan bahan api 98 oktana dan memerlukan setiap kenderaan membawa empat orang.

Penduduk Jakarta dengan populasi lebih 10 juta, sudah lama mengadu tentang kualiti udara yang buruk.

Sekumpulan penduduk memenangi kes saman terhadap kerajaan pada 2021, di mana Presiden Joko Widodo diperintahkan untuk mewujudkan standard kualiti udara nasional bagi melindungi kesihatan rakyat.

Menteri Kesihatan dan Gabenor Jakarta diarahkan untuk merangka strategi untuk mengawal pencemaran udara.

Related posts

Leave a Comment