Diskaun, hadiah cabutan bertuah Andalusia

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Singgah di reruai Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan nikmati tawaran istimewa sambil menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah sempena MATTA Fair September 2026 yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini. Sepanjang MATTA Fair September 2026 yang bermula hari ini hingga 6 September, reruai Andalusia terletak di Aras 3, 3C01 & 3K01. Pengunjung MATTA Fair itu juga berpeluang mendapatkan potongan harga bagi pakej perjalanan umrah sehingga RM500 dan diskaun RM200 bagi pakej pelancongan terpilih. Selain itu, pengunjung yang membuat…

Read More

Tiada lagi baju oren OKS dibawa ke mahkamah

PUTRAJAYA 4 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung serta-merta syarat mewajibkan orang kena siasat (OKS)  memakai pakaian seragam oren milik agensi itu ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan syor semasa berhubung prosedur pengendalian orang yang disiasat, terutamanya apabila mereka dibawa ke mahkamah. “Orang yang disiasat akan dibenarkan memakai pakaian sendiri apabila dibawa ke mahkamah, manakala pakaian lokap hanya akan dipakai sepanjang tempoh mereka ditahan di dalam lokap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.…

Read More

Cabutan 22 kali tidak ke Kabinet?

KOTA BHARU 4 Sept.  – “Seingat kami perkara itu tidak pun dibawa ke Kabinet, hanya di peringkat Kementerian Kewangan,” demikian penjelasan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berhubung kekerapan cabutan khas nombor ramalan. Beliau menafikan dakwaan bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa Kabinet di bawah pentadbiran terdahulu memutuskan untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun. Sebaliknya, Takiyuddin yang ketika itu menjadi Menteri Tenaga dan Sumber Asli di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, menegaskan Zafrul tidak pernah membawa perkara itu kepada Kabinet untuk dipertimbangkan. “Seingat kami perkara itu…

Read More

Tekad pertahan SG4, perkukuh perpaduan umat

KOTA BHARU 4 Sept. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengarahkan  seluruh jentera parti mengambil tujuh langkah strategik sebagai agenda bertindak menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Katanya, langkah itu adalah memimpin agenda penyatuan ummah; mempertahankan kemenangan SG4 – negeri model; memperluas kemenangan – negeri sasaran; penguasaan segmen pengundi – Ulama, Pemuda, Muslimat, DHPP. Di samping itu pengukuhan tarbiah dan organisasi – tunjang kekuatan parti; jentera pilihan raya dan penerangan – menuju kemenangan dan dakwah dan kebajikan – berimoak tinggi. Dalam ucapan dasar pada Muktamar TunannPas Ke-72 di sini hari…

Read More

Terima jemputan atas semangat Melayu, Islam

KOTA BHARU 4 Sept. – UMNO menerima jemputan rasmi Pas untuk menghadiri Muktamar Pas Ke-72 dengan hati terbuka selepas perkara itu dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, kata Setiausaha Agung, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau yang mewakili Presiden UMNO berkata, penerimaan jemputan itu dibuat atas semangat sebagai orang Melayu dan Islam. “Kami menerima jemputan secara rasmi dan kami bincang dalam Majlis Kerja Tertinggi dan sebagai orang Melayu dan orang Islam kita menerima jemputan ini dengan hati terbuka,” katanya kepada media selepas Ucapan Dasar Presiden Pas pada Muktamar Tahunan Pas…

Read More

Jangan jadikan isu rasuah modal politik

KOTA BHARU 4 Sept. -Isu rasuah tidak seharusnya dijadikan modal politik untuk menjatuhkan pihak lawan, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai kemungkaran yang wajib dicegah, kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, tindakan terhadap kesalahan rasuah perlu dilaksanakan secara adil,  berpandukan politik berintegriti yang menegakkan kedaulatan undang-undang serta menolak sebarang campur tangan berkepentingan dalam proses penguatkuasaan. “Malangnya di Malaysia, isu rasuah sering dijadikan modal politik untuk menjatuhkan lawan, bukan sebagai kemungkaran yang wajib dicegah. “Keadaan ini berlaku apabila tindakan diambil secara terpilih terhadap pihak lawan, sedangkan salah laku dalam kalangan…

Read More

Asyraf Wajdi wakili Presiden UMNO

KOTA BHARU  4 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengetuai rombongan pimpinan UMNO hadir pada Muktamar Muktamar Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini. Dr. Asyraf mewakili Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak dapat menghadiri pada saat akhir disebabkan perkara tidak dapat dielakkan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika memaklumkan perkara itu berkata, beliau menghargai kehadiran wakil UMNO hari ini yang diketuai Dr Asyraf Wajdi. “Datuk Asyraf selaku Setiausaha Agung UMNO hadir mewakili Presiden UMNO yang tak dapat…

Read More

Thailand rombak pengecualian visa

BANGKOK – Mulai 15 September ini, Thailand akan melaksanakan rombakan terhadap peraturan pengecualian visa pelancong dan visa semasa ketibaan (VOA), dengan memansuhkan program pengecualian visa 60 hari yang diperkenalkan dua tahun lalu. Menurut Kementerian Luar Thailand, kerajaan akan memperkenalkan semula skim kemasukan tanpa visa selama 30 hari yang disemak semula, melaksanakan kategori pengecualian 15 hari baharu bagi negara terpilih serta menyusun semula senarai negara yang layak mendapat visa semasa ketibaan. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Mungkorn Pratoomkaew dalam taklimat media berkata, statistik imigresen menunjukkan purata tempoh tinggal pelancong asing adalah kurang…

Read More

Kes keracunan makanan MBG berulang

JAKARTA – Kes keracunan makanan berulang lagi apabila kira-kira 2,000 pelajar dan guru di seluruh Indonesia dilaporkan mengalami masalah itu dalam tempoh tiga hari lalu, dipercayai berpunca daripada program makanan percuma sekolah yang diperkenalkan kerajaan. Dalam insiden terbaharu, dilaporkan 777 individu jatuh sakit selepas menikmati hidangan yang disediakan di sebuah sekolah menengah di Rembang, Jawa Tengah. Program Makan Bergizi Gratis (MBG), merupakan sebahagian daripada inisiatif bernilai berbilion dolar Amerika Syarikat yang menjadi antara dasar utama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi meningkatkan tahap pemakanan dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, selain lebih…

Read More