Diskaun, hadiah cabutan bertuah Andalusia

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Singgah di reruai Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan nikmati tawaran istimewa sambil menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah sempena MATTA Fair September 2026 yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini.

Sepanjang MATTA Fair September 2026 yang bermula hari ini hingga 6 September, reruai Andalusia terletak di Aras 3, 3C01 & 3K01.

Pengunjung MATTA Fair itu juga berpeluang mendapatkan potongan harga bagi pakej perjalanan umrah sehingga RM500 dan diskaun RM200 bagi pakej pelancongan terpilih.

Selain itu, pengunjung yang membuat pendaftaran sepanjang tempoh itu turut berpeluang menerima hadiah istimewa serta menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan sepanjang acara.

Dalam pada itu, peluang memenangi hadiah lumayan turut diteruskan menerusi kempen Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi lima buah kereta.

Sebelum ini, tiga pemenang telah pun terpilih memenangi hadiah kereta ketika Karnival JIMBA Bangi di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi akhir bulan lalu.

Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang tempoh menjelang akhir tahun ini layak menyertai cabutan bertuah JIMBA Finale yang dijadulkan berlangsung pada 31 Disember 2026.

Tawaran semasa MATTA Fair juga terbuka kepada mereka yang mendaftar di seluruh cawangan Andalusia atau secara atas talian.

Penyertaan di MATTA Fair September 2026 merupakan antara usaha Andalusia untuk mendekati pelanggan secara lebih dekat, selain memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat mengenai pelbagai pakej umrah dan pelancongan yang ditawarkan.

Penyertaan Andalusia Travel dalam MATTA Fair kali ini dijangka dapat terus memperkukuh hubungan dengan pelanggan, di samping memberikan pengalaman yang lebih dekat kepada pengunjung untuk mengenali tawaran serta perkhidmatan yang disediakan syarikat berkenaan.

-nnn

Related posts

Leave a Comment