Month: September 2026
Iran , India, Pakistan adakan perbincangan
HYDERABAD – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengadakan perbincangan secara berasingan dengan Perdana Menteri Pakistan dan India di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-26 di Bishkek, Kyrgyzstan. Pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Narendra Modi dari India itu diadakan ketika konflik Asia Barat semakin memuncak serta usaha diplomatik untuk memulihkan keamanan rantau itu menjadi agenda utama. Pakistan, sebagai perantara dalam konflik AS-Iran, mengesahkan komitmennya terhadap keamanan rantau berkenaan, manakala India mengulangi gesaannya supaya dialog dan diplomasi digunakan bagi menyelesaikan krisis itu. Menurut kenyataan Kerajaan Pakistan susulan pertemuan…
Read MoreBallroom baharu White House diteruskan
WASHINGTON – Pembinaan ballroom (dewan acara) baharu di White House bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.6 bilion), yang sebelum ini menimbulkan kontroversi boleh diteruskan setelah memperoleh kebenaran Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS). Mahkamah dalam keputusan 5-4 membenarkan permohonan pentadbiran Donald Trump untuk menyekat perintah mahkamah rendah yang mengarahkan kerja-kerja pembinaan bahagian atas tanah dihentikan sementara menunggu penyelesaian saman yang difailkan sebuah kumpulan pemeliharaan warisan. Trump sebelum ini merobohkan East Wing yang bersejarah di White House tahun lalu bagi memberi laluan kepada pembinaan dewan acara tersebut, yang kerap disifatkannya sebagai “hadiah” kepada…
Read More