Hiburan sambut tahun 2021

KUALA LUMPUR 2 Jan. –  Daripada 1,388 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) seramai 623 orang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti pusat hiburan sempena tahun baharu semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah keseluruhan, seramai 1,352 orang dikenakan kompaun, manakala 32 direman dan empat lagi dijamin.

Selain aktiviti di pusat hiburan, seramai 424 individu ditahan kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, 137 tidak memakai pelitup muka, 118 gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan lain lain sebanyak 86.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding kes yang direkodkan pada Khamis iaitu seramai 347 individu ditahan.

Mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI yang ditahan dalam Operasi Benteng,  95 orang ditahan pada Jumaat berbanding 31 orang pada Khamis.

Bagi kuarantin wajib pula, Ismail Sabri berkata seramai 96,312 individu pulang ke tanah air dari 36 negara sejak 24 Julai 2020 hingga 1 Januari 2021 di mana kesemua mereka ditempatkan di 76 hotel dan 16 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 7,547 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib, 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala  88,225 individu telah dibenarkan pulang.

Related posts

Leave a Comment