Asyraf Wajdi wakili Presiden UMNO

KOTA BHARU  4 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengetuai rombongan pimpinan UMNO hadir pada Muktamar Muktamar Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Dr. Asyraf mewakili Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak dapat menghadiri pada saat akhir disebabkan perkara tidak dapat dielakkan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika memaklumkan perkara itu berkata, beliau menghargai kehadiran wakil UMNO hari ini yang diketuai Dr Asyraf Wajdi.

“Datuk Asyraf selaku Setiausaha Agung UMNO hadir mewakili Presiden UMNO yang tak dapat hadir di saat akhir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Kehadiran wakil UMNO hari ini detik bersejarah baharu dalam landskap politik negara yang dizahirkan dalam usaha menjayakan gagasan besar penyatuan ummah.

“Terima kasih pimpinan UMNO dan delegasi,” katanya ketika berucap pada Muktamar Pas ke-72, hari ini.

Ketibaan pimpinan UMNO itu disambut pimpinan tertinggi Pas yang hadir pada muktamar berkenaan.

Kehadiran pimpinan UMNO pada Muktamar Pas ke-72 kali ini adalah yang kedua selepas muktamar di Pahang pada 2019.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, mengetuai rombongan 25 anggota Pemuda UMNO menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Dusuki Ahmad, bersama ahli jawatankuasanya turut hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment