MELAKA 7 Okt . – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN Melaka Ke-16 dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober . Pengerusinya Ramlan Harun berkata, tempoh berkempen pula adalah selama 14 hari manakala hari mengundi awal ditetapkan pada 10 November. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sebuah hotel di sini, pada Rabu. Pada 22 September lalu, Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa…
Read MoreYear: 2026
Berita pilihan…
Warner Bros, Paramount bergabung
LOS ANGELES – Dua gergasi studio Hollywood itu akhirnya bergabung apabila Paramount Skydance secara rasmi mengambil alih Warner Bros Discovery menerusi penggabungan bernilai AS$110 bilion. Penggabungan yang dimuktamadkan selepas berbulan-bulan berdepan pertikaian undang-undang serta kritikan dijangka mengubah landskap industri hiburan dan media global. Melalui penggabungan itu, entiti baharu itu akan beroperasi di bawah nama Skydance Corporation, diketuai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Skydance, David Ellison. Skydance akan menyatukan pelbagai jenama utama termasuk HBO, CNN, CBS, Nickelodeon, Showtime, Comedy Central, DC Studios dan Food Network. Paramount turut memperoleh hak francais terkenal…
Read MoreCukai kekayaan mulai Januari 2027
BUDAPEST – Kerajaan Hungary merancang memperkenalkan cukai kekayaan mulai 1 Januari 2027, terhadap kekayaan melebihi satu bilion forint Hungary (AS$3.1 juta) dan 1.5 peratus terhadap kekayaan melebihi 100 bilion forint (AS$310 juta). Perdana Menteri, Peter Magyar ketika mengumumkan rancangan kerajaan itu menerusi video di Facebook berkata, cukai itu meliputi hartanah, pelaburan dan pegangan dalam syarikat. Ini termasuk aset yang dimiliki di luar negara atau melalui struktur pengurusan aset. Beliau berkata, hutang boleh ditolak daripada asas cukai manakala cukai hartanah dan kenderaan boleh ditolak daripada jumlah liabiliti. Magyar berkata, bayaran tahunan pertama…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 07.10.2026
Dr Mahathir ziarah pusara
PUTRAJAYA 6 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara Allahyarham Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, di Presint 20, Putrajaya, hari ini. Kunjungan itu dikongsikan di Facebook Dr Mahathir bersama hantaran beberapa gambar, petang ini termasuk ziarah oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Berdasarkan perkongsian itu, Dr Mahathir yang ditemani anaknya Mukhriz menabur bunga dan berdoa di pusara isteri tersayang dalam keadaan wajah sayu. Turut sama Mukhriz Allahyarham Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu dan disemadikan di Pusara Negara…
Read More29 kawasan IPU tidak sihat
SEPANG 6 Okt. – Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), merekodkan sebanyak 29 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat pukul 4.25 petang hari ini. Berdasarkan data terkini APIMS, Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (172) dan Segamat, Johor (171). Bacaan IPU di Seremban, Negeri Sembilan; Pasir Gudang dan Tangkak, Johor pula merekodkan bacaan 170, manakala Kluang, Johor (186); Larkin, Johor (166), manakala Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing (164). Selain itu, Kota Tinggi, Johor (161) dan tiga…
Read MoreHadi ziarah pusara Hasmah
PUTRAJAYA 6 Okt. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi pusara Dr. Hasmah Mohd Ali, di Pusara Negara, Presint 20, di sini, hari ini. Abdul Hadi yang turut disertai Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, disambut anak negarawan itu, Mukhriz Mahathir. “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya. Al-Fatihah,” katanya menerusi media sosial. Allahyarhamah Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada 28 September lalu di Institut…
Read MoreCCTV bocor turut jadi fokus siasatan
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Kebocoran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) adalah antara aspek yang menjadi fokus jawatankuasa siasatan berhubung insiden membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis juga mengambil perhatian rakaman percakapan dan bukti lain. “Ketika predikat dan hala tuju siasatan diletakkan sebagai landasan, elemen kebocoran dan punca sebaran video itu juga adalah dalam senarai semak, selain rakaman percakapan dan bukti lain. Itu dalam tindakan pihak polis,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan…
Read MoreUNHCR: Malaysia perlu runding dengan PBB
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Proses rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dilakukan sekiranya Malaysia mahu menghentikan peranan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan, peranan yang dimainkan UNHCR ketika ini merupakan isu legasi yang dibenarkan secara rasmi oleh kerajaan dan sebarang pindaan peraturan mengenainya akan mengambil masa. “Ini memerlukan proses rundingan dengan PBB supaya kita tidak dilihat mengenepikan peraturan antarabangsa. “Bagaimanapun, saya setuju sebenarnya tindakan dan keputusan yang tegas harus diambil kerana urusan negara kita harus oleh jentera kita sendiri, tidak…
Read More