PUTRAJAYA 1 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mengemukakan lima syor termasuk tiada perubahan terhadap bilangan bahagian pilihan raya Persekutuan bagi Sarawak. Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata bagaimanapun, terdapat bahagian pilihan raya Persekutuan yang terbabit dalam semakan semula dan tersentuh oleh syor yang dicadangkan. Menerusi, satu kenyataan, beliau berkata, jumlah bahagian pilihan raya negeri bagi Sarawak dicadang ditambah sebanyak 17 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 99. Katanya, bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya ini, terdapat pindaan dibuat kepada nama bahagian pilihan raya Persekutuan yang membabitkan satu bahagian…
Read MoreDay: September 1, 2026
Barisan kepemimpinan Wawasan kini lengkap
SEPANG 1 Sept. – Barisan kepemimpinan Parti Wawasan Negara (Wawasan) kini lengkap selepas pelantikan Dayang Saniah Awang Hamid dan Muhammad Faiz Rahmad, masing-masing sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pemuda (Penaja). Presiden Wawasan, Hamzah Zainudin, dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu melengkapkan barisan kepemimpinan parti setelah pelantikan Jawatankuasa Pusat, penyelaras negeri dan ketua bahagian, sebelum ini. Katanya, Dayang Saniah dan Muhammad Faiz berpengalaman luas dalam organisasi dan gerak kerja politik di peringkat akar umbi, selain memiliki keupayaan membina jentera, sekali gus memperkukuh kekuatan dan jentera Wawasan, terutama menjelang Pilihan Raya…
Read More33 syarikat terima lesen PJH 1448H/2027H
SEPANG 1 Sept. – Sebanyak 33 syarikat dipilih untuk menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1448H/2027M selepas melalui proses penilaian yang teliti dan menyeluruh oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Pemilihan melalui proses penilaian yang mengambil kira pelbagai aspek penting termasuk kedudukan kewangan, rekod prestasi, pengalaman dan keupayaan syarikat untuk mengurus dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, berkata TH juga melaksanakan semakan bersama beberapa agensi berkaitan. Ini termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Kementerian Pelancongan,…
Read MoreJangan lupa kenaikan harga makanan
SEPANG 1 Sept. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyambut baik beberapa insentif yang diumumkan kerajaan namun perhatian serius perlu diberi terhadap kenaikan harga makanan dan barangan keperluan asas yang memberi kesan secara langsung kepada perbelanjaan harian setiap keluarga. Setiausaha Agungnya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, kenaikan harga telur dan pelbagai barangan keperluan dapur secara berterusan, walaupun sedikit demi sedikit, akhirnya memberikan tekanan yang besar, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Putra yang menyambut baik keputusan mengembalikan kelayakan asas BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, dan…
Read MoreJIMBA meriah dengan pakej umrah
BANGI 1 Sept. – Karnival Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) di pekarangan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi meninggalkan pelbagai kenangan manis kepada pengunjung dan peserta yang turut menyertai pelbagai program. Selama dua hari (29 & 30 Ogos), Karnival JIMBA Bangi itu secara tidak langsung juga dapat mendekatkan diri masyarakat dengan masjid dan mengetahui pelbagai aktiviti pengimarahan di masjid terbaik Selangor itu. Pada masa yang sama karnival ini turut memberi peluang kepada masyarakat mengenali lebih dekat dengan pengendali haji dan umrah terulung di negara ini, Andalusia Travel & Tours…
Read MoreBerita pilihan….
Iran , India, Pakistan adakan perbincangan
HYDERABAD – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengadakan perbincangan secara berasingan dengan Perdana Menteri Pakistan dan India di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-26 di Bishkek, Kyrgyzstan. Pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Narendra Modi dari India itu diadakan ketika konflik Asia Barat semakin memuncak serta usaha diplomatik untuk memulihkan keamanan rantau itu menjadi agenda utama. Pakistan, sebagai perantara dalam konflik AS-Iran, mengesahkan komitmennya terhadap keamanan rantau berkenaan, manakala India mengulangi gesaannya supaya dialog dan diplomasi digunakan bagi menyelesaikan krisis itu. Menurut kenyataan Kerajaan Pakistan susulan pertemuan…
Read MoreBallroom baharu White House diteruskan
WASHINGTON – Pembinaan ballroom (dewan acara) baharu di White House bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.6 bilion), yang sebelum ini menimbulkan kontroversi boleh diteruskan setelah memperoleh kebenaran Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS). Mahkamah dalam keputusan 5-4 membenarkan permohonan pentadbiran Donald Trump untuk menyekat perintah mahkamah rendah yang mengarahkan kerja-kerja pembinaan bahagian atas tanah dihentikan sementara menunggu penyelesaian saman yang difailkan sebuah kumpulan pemeliharaan warisan. Trump sebelum ini merobohkan East Wing yang bersejarah di White House tahun lalu bagi memberi laluan kepada pembinaan dewan acara tersebut, yang kerap disifatkannya sebagai “hadiah” kepada…
Read More