Kenyataan Kor Ming satu sindiran?

SEPANG 10 Ogos – Ketika Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming begitu yakin gelombang merah dan tsunami rakyat akan bermula di Perak, Pemuda MCA membuat tanggapan berbeza dengan mempersoalkan sama ada ia satu sindiran. Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, berkata kenyataan Kor Ming bahawa ‘Perak bukan Johor, Perak bukan Negeri Sembilan’ seolah-olah menyindir kepemimpinan DAP di Johor dan Negeri Sembilan. Kor Ming dilaporkan berkata:  “Di Perak kita raikan kepelbagaian dan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH). Di sini akan bermula gelombang merah dan tsunami rakyat”. Kenyataan itu dilihat seolah-olah…

Read More

PN cadang tangguh bentang laporan RCI TH

SEPANG 10 Ogos – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan sidang khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) ditangguhkan ke tarikh sesuai sehingga Perdana Menteri Anwar Ibrahim pulih dan dapat hadir ke Dewan Rakyat. Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pembentangan laporan berkenaan yang dijadualkan esok wajar dibuat sendiri oleh Anwar memandangkan beliau pernah membangkitkan isu tersebut kepada pengetahuan umum. “Memandangkan isu Tabung Haji merupakan perkara yang sangat penting dan melibatkan kepentingan awam, PN berpandangan bahawa adalah amat wajar sekiranya pembentangan laporan ini dibuat sendiri oleh…

Read More

Wong Chen kosongkan Parlimen Subang

SEPANG 10 Ogos – Seorang lagi wakil rakyat PKR mengosongkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila Wong Chen mengesahkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini. Menerusi satu muat naik di Facebook, beliau mengesahkan peletakan jawatan secara sukarela itu berkuat kuasa mulai pukul 5 petang. Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, masing-masing meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa. Dalam pada itu Wong Chen turut berkongsi notis yang dihantar kepada Yang…

Read More

Azmin sampaikan ucapan ‘mesra kerajaan’

SHAH ALAM 10 Ogos – “Amirudin (MB Selangor) adalah adindaku, Ng Suee Lim (ADUN Sekinchan) adalah sahabatku., George (ADUN Sentosa) adalah temanku. Amanah adalah peganganku. Kekal tenang adalah prinsip aku. Kak Yam (ADUN Mariam Abdul Rashid) kenalanku,” Begitulah kelunakan ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tanpa serangan keras terhadap kerajaan negeri ketika beliau mengambil bahagian dalam perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. Mohamed Azmin ketika sesi perbahasan Rancangan Selangor Kedua (RS-2), hari ini dilihat mempamerkan ucapan ‘mesra kerajaan’. “Marilah kita wujudkan Selangor yang semakin…

Read More

Arul ketuai DAP Negeri Sembilan ganti Loke

SEREMBAN 10 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Anthony Loke yang mengumumkan melepaskan jawatan itu baru-baru ini. Loke yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di Pejabat DAP Negeri Sembilan di sini, hari ini berkata, pelantikan itu diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa DAP negeri. “Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada saudara Arul Kumar yang diberikan sokongan sebulat suara oleh ahli jawatankuasa,” katanya. Loke berkata, DAP kekal dengan pendirian sebagai…

Read More

PM dipantau pakar perubatan

SEPANG 10 Ogos – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kini menjalani pemeriksaan dan prosedur ditetapkan pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Anwar dijangka berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selama dua hari. “Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudah serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Read More

Bersatu: Lihat sudut moral politik

KOTA BHARU 10 Ogos – Kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berhubung keanggotaan Bersatu tergugur daripada Perikatan Nasional (PN) perlu dilihat dari sudut moral politk dan juga undang-undang. Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan berkata, dari sudut moral, apabila Bersatu bertanding melawan PN, apakah mereka masih mahu duduk bersama PN? Jika dilihat sudut moral politik seolah-olah mereka sudah tidak mahu. “Jika dilihat sudut moral politik seolah-olah mereka sudah tidak mahu, takkan lepas ini mahu terhegeh-hegeh pula,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Muktamar Tahunan Pas Kali ke-72, di sini, malam tadi. Jelas…

Read More

1.3 tan ketamin dirampas atas kapal

BATAM – Serbuan dadah di Indonesia yang melibatkan pengawasan selama berbulan-bulan, berjaya merampas 1.3 tan ketamin bernilai puluhan juta dolar dari sebuah kapal berbendera asing. Menurut Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan, Suyudi Ario Seto, pihak berkuasa menerima maklumat pada bulan Februari lalu bahawa MV King Sun sedang belayar ke timur dari Thailand menuju ke Indonesia dengan kargo “mencurigakan” Pada sidang akhbar semalam, beliau berkata, pada Khamis lalu, sebuah kapal perang tentera laut memintas kapal itu, ketika ia memasuki wilayah Indonesia. “Pada 7 Ogos, pasukan gabungan menemukan 65 guni tersembunyi di dalam…

Read More

Netanyahu bantah pelan Gaza

BAITULMUQADDIS – Benjamin Netanyahu secara terbuka menolak pelan Gaza diketuai Amerika Syarikat (AS) dan disokong Hamas susulan bantahan daripada sekutu berhaluan kanannya menjelang pilihan raya yang dijangka sengit. Tindakan itu dibuat selepas lebih seminggu Netanyahu mengkritik pelan itu secara berperingkat, biarpun menerima jaminan Israel tidak perlu memulakan pengunduran dari Gaza secara serta-merta. Netanyahu menegaskan kesediaannya mencabar pendirian Trump selain mengakui Israel sedang mengajukan bantahan kepada AS berhubung pelan dipersetujui Hamas pada akhir Julai lalu. Israel menolak dokumen 15 perkara ini, selain ‘tidak akan berundur hingga Hamas benar-benar melucutkan senjata dan…

Read More