Kes rendah di Arab Saudi

RIYADH 6 Okt. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus berada di bawah paras 50 apabila kes yang direkodkan sebanyak 45 kes berbanding 42 semalam dan 53 pada 4 Oktober lalu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 547,402.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,732 orang .

Sebanyak 41 orang pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 536,447

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 150 pesakit kini  kritikal.

Related posts

Leave a Comment