SEPANG 10 Ogos – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kini menjalani pemeriksaan dan prosedur ditetapkan pasukan pakar perubatan.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Anwar dijangka berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selama dua hari.
“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudah serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
