BANGI 31 Ogos – “Tolonglah angkat telefon anda, bukan scammer” begitulah rayuan pengacara Cabutan Bonanza Karnival Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) Bangi di pekarangan Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi malam tadi. Rayuan itu susulan beberapa nama pelanggan pakej Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd (Andalusia) yang terpilih tidak menghiraukan panggilan telefon, atau tidak menjawab ketika cabutan melibatkan hadiah utama Perodua MYVI. Sekurang-kurangnya tujuh nama yang terpilih tidak dapat dihubungi penganjur untuk memenangi hadiah itu yang menyebabkan undian semula dibuat kerana syarat mendapatkan hadiah itu, pemenang mesti tahu namanya…
Read MoreMonth: August 2026
Ong Kian Ming tinggalkan DAP
SEPANG 31 Ogos – Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming meletak jawatan sebagai ahli parti DAP, bermula hari ini dan tidak merancang menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat atau menyertai pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kian Ming bagaimanapun akan terus berkhidmat untuk kepentingan negara melalui cara lain termasuk dalam podcast ‘Are We OK’ melalui pelbagai jawatan penasihat dan bersama dengan orang yang mempunyai pemikiran dan minat yang sama. Beliau juga kekal komited untuk menunaikan janji yang dibuat pada 10 Januari 2026, untuk membantu Khairy Jamaluddin jika…
Read MoreBerita pilihan…
Helaian al-Quran abad ke-13
MAKKAH – Sekeping helaian al-Quran dari abad ketiga Hijrah, bersamaan abad kesembilan Masihi, dipamerkan di Muzium al-Quran di Wilayah Kebudayaan Hira di Makkah. Artifak bersejarah yang mendokumentasikan aspek peringkat awal penghasilan manuskrip al-Quran ity merupakan satu manuskrip al-Quran yang jarang ditemui Menurut laporan media, manuskrip itu mengandungi sebahagian daripada Surah Maryam, ditulis di atas kulit menggunakan dakwat merah. Teks berkenaan tidak mempunyai tanda vokal ataupun titik diakritis, sekali gus menonjolkan ciri khas peringkat awal penulisan manuskrip Al-Quran. Ini membolehkan pengunjung muzium mempelajari perkembangan penulisan al-Quran serta kaedah yang digunakan untuk…
Read More804 korban tanah runtuh, banjir Nepal
KATHMANDU – Jumlah korban banjir dan tanah runtuh di Nepal serta wilayah Tibet, China meningkat kepada 804 orang, manakala hampir 3,300 lagi masih hilang. Menurut angka pihak berkuasa dan media tempatan, di Nepal sebanyak 788 mayat sudah ditemukan di kawasan dilanda banjir, manakala 2,742 orang masih hilang termasuk ratusan warga asing. Di Tibet, pihak berkuasa China melaporkan 16 kematian dan 546 orang masih hilang. Operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan bagi mengesan 2,498 orang yang masih hilang, termasuk 933 pekerja projek hidroelektrik, 589 warga asing dan 127 rakyat Nepal yang…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 31.08.2026
UMNO sedang dijadikan korban?
SEPANG 30 Ogos – Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali mendakwa perkembangan semasa pertuduhan demi pertuduhan memberi gambaran bahawa kerajaan sedang membeli masa untuk pilihan raya yang ditangguhkan waktunya. Katanya, kerajaan kononnya mahu menunjukkan bahawa reformasi sedang berjalan, tegas melawan rasuah, semua perkara lama sedang diperbetulkan. “Tetapi reformasi bukan sekadar mengeluarkan laporan lama ketika pilihan raya semakin dekat. Reformasi bermaksud pendakwaan tidak memilih kawan atau lawan. Reformasi bermaksud institusi penguatkuasaan bertindak berdasarkan bukti dan undang-undang, bukan berdasarkan siapa yang sedang diperlukan atau tidak diperlukan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan…
Read MoreSiapa bakal pandu pulang kereta JIMBA?
BANGI 30 Ogos – Siapakah yang bakal ‘memandu’ pulang tiga buah kereta cabutan bertuah sempena Karnival Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) Bangi pada malam ini? Setakat ini, 43,000 pelanggan Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd layak menyertai cabutan itu yang menawarkan Perodua Myvi 1.5L AV, Proton Saga MC3 2026 dan Perodua Bezza 1.3 AV. Hadiah-hadiah lain yang ditawarkan sempena JIMBA Bangi adalah pakej umrah ziarah dan barangan elektronik bernilai sehingga RM10,000. Menurut Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, cabutan kali ini ada kelainan kerana dibuat dua peringkat…
Read MoreBerita pilihan….
Pretoria kemuka dokumen kepada ICJ
CAPE TOWN – Afrika Selatan akan menggunakan semua saluran bagi memastikan Israel mematuhi sepenuhnya perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes genosid yang difailkan Pretoria pada 2023, Berikutan kegagalan Israel mematuhi perintah itu, Afrika Selatan mengemukakan dokumen komprehensif kepada ICJ. Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya memaklumkan dokumen itu dikemukakan di bawah Artikel 11 Resolusi mahkamah berhubung amalan kehakiman dalamannya. Menurut kenyataan itu, langkah sementara berkenaan bertujuan melindungi hak rakyat Palestin di bawah Konvensyen Genosid dan mencegah kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan…
Read More