BAITULMUQADDIS – Benjamin Netanyahu secara terbuka menolak pelan Gaza diketuai Amerika Syarikat (AS) dan disokong Hamas susulan bantahan daripada sekutu berhaluan kanannya menjelang pilihan raya yang dijangka sengit.
Tindakan itu dibuat selepas lebih seminggu Netanyahu mengkritik pelan itu secara berperingkat, biarpun menerima jaminan Israel tidak perlu memulakan pengunduran dari Gaza secara serta-merta.
Netanyahu menegaskan kesediaannya mencabar pendirian Trump selain mengakui Israel sedang mengajukan bantahan kepada AS berhubung pelan dipersetujui Hamas pada akhir Julai lalu.
Israel menolak dokumen 15 perkara ini, selain ‘tidak akan berundur hingga Hamas benar-benar melucutkan senjata dan terus menangkis ancaman terhadap tentera dan rakyat kami.
Mereka memiliki idea yang hanya sebahagiannya boleh diterima, selain mengakui tahu cara mempertahankan pendirian kita dalam perkara ini.
Tinjauan juga menunjukkan pelan Gaza itu tidak popular dalam kalangan penyokong sayap kanan Netanyahu, manakala anggota Kabinet berhaluan paling kanan mendesaknya menolak pelan itu.
