Bertindak terhadap imej hina Sultan Selangor

SEPANG 26 April  – Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor mengecam dan akan membuat laporan polis berhubung tindakan durjana pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting serta menyebarkan imej penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengerusinya Megat Zulkarnain Omardin berkata, perbuatan jijik itu bukan sekadar menghina peribadi Baginda, malah penghinaan terbuka terhadap institusi Kesultanan Selangor, lambang kedaulatan negeri, payung rakyat serta tonggak keharmonian yang wajib dipertahankan. “Tindakan biadab seperti ini jelas menunjukkan sikap melampau, tidak bertamadun dan tidak menghormati undang-undang, adat serta tatasusila rakyat Malaysia. UMNO Selangor menegaskan bahawa mana-mana pihak…

Read More

Azmin dinamakan Pengerusi PN Selangor

SHAH ALAM 26 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menamakan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Pengerusi Parikatan Nasional (PN) Selangor. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menghantar surat berhubung perkara tersebut kepada kepemimpinan tertinggi gabungan tersebut namun keputusan muktamad masih belum diumumkan. “Kita telah hantar surat (berhubung cadangan pelantikan tersebut) kepada Pengerusi PN. Bagi saya untuk Selangor, nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah kami cadangkan. Tidak ada nama lain lagi,” katanya. Pada Disember tahun lalu, Mohamed Azmin mengikuti jejak…

Read More

Pesanan Daud Che Ngah kepada jemaah haji

SEPANG 26 April – Fokus kepada ibadah! Ikut panduan yang ditetapkan. Itu pesanan Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia)  Md. Daud Che Ngah kepada jemaah haji pada musim ini. Md Daud yang berpengalaman luas dalam pengendalian haji dan umrah selama 50 tahun mengingatkan jemaah supaya memastikan peluang sekali menunaikan haji itu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya ibadah itu benar-benar sah. “Ingat haji itu sekali sahaja, jangan mengharapkan nak ulang seperti melakukan umrah. Buat betul-betul, ikut apa yang telah ditunjuk ajar, berpegang kepada apa yang boleh dan apa yang…

Read More

Putra mohon sertai PN

SEPANG 26 April – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengemukakan permohonan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini dianggotai oleh Pas, Bersatu, Gerakan dan MIPP. Setiausaha Agung Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, surat permohonan ini tekah dihantar kepada Pengerusi PN,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Jumaat lalu (24 April) melalui Setiausaha Agung PN  Takiyuddin Hassan. Putra diasaskan oleh Dr. Ibrahim Ali pada 17 Ogos 2018 dan pendaftarannya  disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Mei 2019. Nasrul Ali Hasan dalam kenyataan, berkata, surat yang sama turut dihantar kepada…

Read More

Budak catur’ jawab dakwaan Sanusi

MELAKA 26 April – Melayu perlu disatukan, bukan diperbodoh dan kutuk di sana sini yang kesannya akan memecah belahkan lagi orang Melayu di negara ini, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang melabelkannya ‘budak catur’ kepada Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu berkata, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu dilihat lantang mengkritik DAP, namun hakikatnya hanya memainkan peranan…

Read More

Netanyahu arah serang agresif Hezbollah

TEL AVIV – Dua hari selepas gencatan senjata antara Israel – Lubnan dilanjutkan selama tiga minggu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, mengarahkan tenteranya melancarkan serangan “secara agresif” terhadap sasaran Hezbollah di Lubnan. Arahan itu disusuli dengan serangan baharu Israel ke atas selatan Lubnan, yang menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang pada Sabtu. Pertempuran rentas sempadan yang berterusan itu sekali lagi menguji kestabilan perjanjian gencatan senjata, yang setakat ini hanya mengurangkan keganasan dan bukannya menghentikannya sepenuhnya. Perjanjian gencatan senjata berkenaan dilanjutkan pada Khamis lalu selepas rundingan antara wakil kedua-dua…

Read More

Penduduk Gaza terus menderita

GAZA – Serangan Israel masih dilaporkan berlaku secara berkala ketika penderitaan penduduk di Semenanjung Gaza terus berlarutan walaupun satu gencatan senjata yang dimediasi Amerika Syarikat (AS) dicapai pada Oktober 2025. Pegawai kesihatan di Gaza memaklumkan bahawa lebih 790 rakyat Palestin terbunuh sejak perjanjian itu dimeterai, termasuk kira-kira 225 kanak-kanak. Israel pula menegaskan bahawa penarikan tenteranya daripada kawasan yang kini dikuasai di Gaza, kepulangan ratusan ribu penduduk yang dipindahkan, penubuhan pihak berkuasa politik baharu serta usaha pembinaan semula hanya akan dilaksanakan sekiranya Hamas melucutkan senjata. Ini menyebabkan sebahagian besar daripada lebih…

Read More