Azmin dinamakan Pengerusi PN Selangor

SHAH ALAM 26 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menamakan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Pengerusi Parikatan Nasional (PN) Selangor.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menghantar surat berhubung perkara tersebut kepada kepemimpinan tertinggi gabungan tersebut namun keputusan muktamad masih belum diumumkan.

“Kita telah hantar surat (berhubung cadangan pelantikan tersebut) kepada Pengerusi PN. Bagi saya untuk Selangor, nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah kami cadangkan. Tidak ada nama lain lagi,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Mohamed Azmin mengikuti jejak Muhyiddin yang meletak jawatan Pengerusi PN dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor.

Menurut Muhyiddin, selain Selangor beberapa nama calon Bersatu yang sesuai turut disenaraikan untuk mengetuai kepemimpinan PN bahagian negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Sabah.

“Bagi saya sejak dahulu lagi, Bersatu mempengerusikan PN Selangor dan Mohamed Azmin juga merupakan Ketua Pembangkang Selangor, jadi beliau layak (untuk jawatan tersebut),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Bersatu Selangor bertemakan “Memperkukuh Agenda Peduli Rakyat” di sini, hari ini.

Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau berkata, ia kekal seperti diputuskan sebelum ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi PN,, berkata keputusan itu akan kekal selagi tidak ada cadangan daripada mana-mana parti untuk membuat perubahan.

Katanya , PN perlu juga mengambil kira peruntukan kerusi untuk Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang kini sudah menjadi anggota PN.

“.Itu akan dibincangkan di peringkat PN dan bila sudah dipersetujui, maka kemungkinan perundingan (untuk menentukan kerusi) itu akan diadakan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jika ada pertukaran kerusi yang sudah dibahagikan antara parti seperti Pas, Bersatu dan Gerakan, yang boleh dibawa  kepada jawatankuasa perundingan kerusi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment