Tiada kemajuan ketara rundingan Hamas, AS

ISTANBUL – Tiada kemajuan ketara dalam rundingan antara Hamas dan Amerika Syarikat (AS) di Kaherah dalam usaha untuk memajukan fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Menurut sumber,  “rundingan berakhir tanpa kemajuan ketara ke arah peralihan ke fasa kedua,” susulan perbezaan pandangan mengenai syarat utama. Rundingan itu, yang pertama sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober 2025, diadakan sebagai sebahagian usaha melengkapkan perjanjian gencatan senjata di bawah pelan yang dicadangkan oleh Presiden AS Donald Trump. Ia menghimpunkan Ketua Hamas di Gaza Khalil al-Hayya, pegawai Mesir, utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…

Read More

AS akan bawa pulang uranium Iran

PHOENIX – Presiden Donald Trump mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan bersama-sama mengeluarkan uranium dari tapak nuklear Tehran di bawah perjanjian damai, sebelum bahan itu dipindahkan ke wilayah AS. Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Kementerian Luar Iran sebelum ini, menegaskan bahawa stok uranium diperkaya milik Republik Islam itu tidak akan dipindahkan ‘ke mana-mana’. “Seseorang bertanya, bagaimana kita akan mendapatkan ‘habuk nuklear’ itu? Kita akan mendapatkannya bersama Iran, dengan menggunakan banyak jentera pengorek. “Kita memerlukan jentera pengorek terbesar yang boleh anda bayangkan tetapi kita akan masuk bersama Iran. Kita…

Read More

6,252 diterima semula menyertai UMNO

SEPANG 17 April – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka malam ini menerima semula 6,252 bekas pimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat untuk menyertai parti itu di bawah inisiatif Rumah Bangsa. Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, melalui Facebook memberitahu,  mereka termasuk Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan  Syed Hamid Albar. Gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor. Untuk rekod, Khairy sebelum…

Read More

Tingkat tahap kewaspadaan di Asia Barat

PUTRAJAYA 17 April – Rakyat Malaysia termasuk jemaah haji yang melakukan perjalanan ke rantau Asia Barat dinasihatkan mendaftar keberadaan, selain mengemas kini maklumat perhubungan secara berkala menerusi portal e-Konsular. Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan susulan pengumuman gencatan senjata selama dua minggu pada 8 April lalu yang membawa kepada perkembangan positif secara berperingkat di rantau berkenaan, termasuk pembukaan semula ruang udara dan operasi penerbangan secara terhad. “Rakyat Malaysia dinasihati sentiasa meningkatkan tahap waspada, elak kawasan aktiviti ketenteraan dan perhimpunan awam serta mematuhi arahan yang dikeluarkan…

Read More

Pertahan kejayaan PRN Melaka – Zahid

MELAKA 17 April – Kejayaan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka harus dipertahankan, dengan menggunakan ‘feel-good factor’ untuk terus meraih sokongan rakyat, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO itu berkata, setakat ini prestasi diperlihatkan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh cukup baik dan banyak perubahan serta kejayaan yang digapai sepanjang tempoh tiga tahun ini. “Banyak perubahan dilakukan, perubahan dan kejayaan ini harus dipertahankan. Ia mesti dijadikan sebagai ‘feel-good factor’ bagi terus mengambil dokongan kepada calon-calon yang akan kita wakilkan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas…

Read More

Ketua Ombudsman didakwa rasuah

JAKARTA – Lima hari selepas mengangkat sumpah jawatan, Ketua Ombudsman Indonesia Hery Susanto ditahan berhubung dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat nikel. Pengarah Siasatan Pejabat Peguam Negara, Syarief Sulaeman Nahdi, berkata Hery Susanto dan syarikat itu didakwa membuat perjanjian yang membolehkan ombudsman mengubah jumlah denda yang disyorkan oleh Kementerian Perhutanan. Hery didakwa menerima 1.5 bilion rupiah (kira-kira RM347,952) ketika berkhidmat dalam jawatan lebih rendah di pejabat ombudsman dari 2021 hingga 2026 dan dituduh melanggar peruntukan rasuah dalam Kanun Jenayah Indonesia, yang boleh membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara. Dia mengangkat…

Read More

Rundingan AS-Iran hujung minggu

WASHINGTON – Rundingan Amerika Syarikat (AS)-Iran akan berlangsung hujung minggu ini, susulan gencatan senjata 10 hari Israel-Lubnan yang mula berkuat kuasa semalam. Presiden AS, Donald Trump, berkata Iran menawarkan jaminan untuk tidak memiliki senjata nuklear bagi tempoh lebih 20 tahun, salah satu isu yang menjadi halangan utama dalam rundingan di Islamabad hujung minggu lalu. Trump berkata, beliau merancang menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Lubnan, Joseph Aoun ke Rumah Putih untuk rundingan bermakna dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang. Beliau turut mengarahkan Naib Presiden AS, JD…

Read More