KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol, digantung serta-merta daripada semua jawatan PKR sehingga kes mahkamahnya selesai, kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. Dalam satu kenyataan, Fuziah berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini membincangkan kedudukan Fahmi yang didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. “Berhubung jawatan beliau di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan menghantar surat kepada Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) dalam masa terdekat,” katanya. Jumaat lalu Fahmi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai…
Read MoreDay: March 1, 2026
Majlis khas pantau peralihan di Iran
TEHRAN – Iran mengumumkan penubuhan majlis khas dianggotai Presiden, Masoud Pezeshkian; ketua badan kehakiman dan seorang ulama Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) bagi memantau peralihan kuasa susulan kematian Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei. Majlis itu ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran negara terus berjalan sementara proses melantik pemimpin agung baharu dimulakan mengikut peruntukan undang-undang tertinggi negara. Dalam masa sama, Majlis Pakar Kepimpinan yang dianggotai golongan ulama kini memikul tanggungjawab penting untuk memilih pengganti Khamenei sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Namun, usaha menghimpunkan ahli majlis berkenaan dijangka berdepan cabaran keselamatan berikutan Iran sedang…
Read More102 insan istimewa YKM disantuni Sultan Pahang
KUANTAN 1 Mac – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni 102 insan istimewa di bawah naungan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) sempena Program Membeli-Belah Hari Raya Aidilfitri di sini semalam. Turut berangkat pada program yang berlangsung di Parkson East Coast Mall, di Kuantan, itu adalah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Pengerusi YKM, Ismail Sabri Yaakob berkata, program tahunan YKM itu memberi peluang kepada anak-anak berkenaan memilih sendiri pakaian Aidilfitri, sekali gus memberi pengalaman bermakna menjelang sambutan Syawal. “Program ini membawa makna yang amat besar…
Read MorePutra tolak iftar Rumah Bangsa
KUALA LUMPUR 1 Mac – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menolak jemputan untuk menghadiri majlis iftar bersama Jawatankuasa Rumah Bangsa anjuran UMNO yang dijadualkan pada 5 Mac ini, kata Presidennya Dr Ibrahim Ali. Beliau berkata, Putra menghormati dan berterima kasih atas jemputan itu yang turut melibatkan parti-parti politik lain lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan tetapi terpaksa mengambil langkah berhati-hati supaya tidak timbul pelbagai persepsi. Katanya, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) semalam dan berharap pendirian itu tidak disalah faham. Ibrahim berkata, menurut surat jemputan itu, agenda dijadual…
Read MorePas wajar ambil alih Ketua Pembangkang
NILAI 1 Mac . – Ahli Parlimen Pas wajar mengambil alih jawatan ketua pembangkang di Dewan Rakyat berikutan parti itu mempunyai bilangan wakil rakyat paling ramai, kata Presiden Bersatu , Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, kedudukan ketua pembangkang dibangkitkan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di Ibu Pejabat Pas pada 19 Februari lalu. Menurut Muhyiddin, terdapat kekosongan untuk jawatan ketua pembangkang kerana Hamzah Zainudin tidak lagi menjadi ahli Bersatu serta PN dan tidak sewajarnya dikekalkan di situ. “Pas sesuai untuk mengambil tempat itu secepat mungkin.…
Read MoreMuhyiddin tidak terkesan ‘amaran’ Hamzah
NILAI 1 Mac – Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak terkesan dengan kenyataan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin yang menganggapnya sebagai musuh utama selepas pemecatan baru-baru ini. “Saya tak kisah kalau dia kata saya musuh nombor satu atau nombor 10 kerana dulu dia pernah kata penyokong nombor satu saya,” katanya yang turut menegaskan bekas Timbalan Presiden Bersatu itu ternyata telah melanggar perlembagaan parti. Beliau juga tidak berharap apa-apa lagi terhadap Hamzah kerana sudah dipecat daripada Bersatu. Muhyiddin dalam pada itu mengakui tidak gembira dengan pemecatan pemimpin dalam parti itu, tetapi menegaskan…
Read MoreBerita pilihan….
Iran berkabung 40 hari kematian Khamenei
IRAN mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama 40 hari susulan kematian Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), pada Ahad. Media rasmi melaporkan tempoh berkabung itu akan disertai dengan upacara penghormatan di seluruh negara, termasuk majlis doa, perhimpunan awam dan penghormatan rasmi oleh pemimpin politik serta ketenteraan. Sepanjang tempoh tersebut, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di bangunan kerajaan, manakala program rasmi dan acara tertentu dijangka ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin tertinggi berkenaan. Pengumuman itu dibuat selepas media kerajaan…
Read MoreLebih 1,800 penerbangan batal
LEBIH 1,800 penerbangan dibatalkan di seluruh Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran semalam. Serangan itu mengakibatkan gangguan besar operasi penerbangan dan memaksa kebanyakan negara menutup ruang udara mereka, antaranya Israel, Qatar, Syria, Iran, Iraq, Kuwait dan Bahrin. Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan FlightRadar24, tiada aktiviti penerbangan juga dilaporkan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), selepas negara itu mengumumkan penutupan sementara dan separa ruang udara mereka. Keadaan itu menyebabkan penutupan lapangan terbang utama di Dubai, Abu Dhabi dan Doha, serta pembatalan ribuan penerbangan oleh syarikat penerbangan…
Read More