102 insan istimewa YKM disantuni Sultan Pahang

KUANTAN 1 Mac – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni 102 insan istimewa di bawah naungan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) sempena Program Membeli-Belah Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

Turut berangkat pada program yang berlangsung di Parkson East Coast Mall, di Kuantan, itu adalah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Pengerusi YKM, Ismail Sabri Yaakob berkata, program tahunan YKM itu memberi peluang kepada anak-anak berkenaan memilih sendiri pakaian Aidilfitri, sekali gus memberi pengalaman bermakna menjelang sambutan Syawal.

“Program ini membawa makna yang amat besar kepada anak-anak ini dan bagi sebahagian daripada mereka ini bukan sekadar membeli pakaian baharu tetapi merasai kasih sayang dan perhatian Tuanku dan anakanda Tuanku.

Keprihatinan Kebawah Duli Tuanku mencerminkan sifat seorang Raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka yang memerlukan pembelaan,” katanya.

Sementara itu, selesai membeli belah, mereka diraikan pada Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Darul Makmur yang turut dihadiri baginda.

Dalam pada itu, menjelang Syawal, YKM akan turut menyalurkan bantuan kepada 574 penerima bantuan YKM beragama Islam di seluruh negara dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM200,000

Nnn

Related posts

Leave a Comment