Month: March 2026
Batal Jumaat di Masjid Al-Aqsa
BAITULMUQADDIS – Pihak berkuasa Israel membatalkan solat Jumaat di Masjid Al‑Aqsa, sekatan terbaru sejak bermulanya Ramadan, susulan ketegangan memuncak selepas Iran melancarkan serangan balas ke atas Israel dan rantau itu. Ketua Pentadbiran Awam Israel, Brigedier Jeneral Hisham Ibrahim, berkata semua lokasi suci di Bandar Lama Baitulmaqdis, termasuk Tembok Barat dan Gereja Holy Sepulchre, akan ditutup kepada semua penganut atas faktor keselamatan. Katanya, langkah itu diambil selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu yang menyasarkan “Israel dan seluruh rantau”. Menurut angka terkini yang dilaporkan media rasmi, serangan balas Iran telah menyebabkan 10…
Read MoreUsaha had kuasa Presiden ditolak
WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menolak usaha untuk mengehadkan kuasa Presiden Donald Trump melancarkan tindakan ketenteraan di Iran, selepas percubaan sama gqgal di Senat sehari sebelumnya. Usul berkenaan ditolak melalui undian 212 lawan 219, menyaksikan sokongan mengikut garis parti. Demokrat sebelum ini mengkritik Trump kerana melancarkan serangan tanpa mandat Kongres dan mempersoalkan sama ada wujud ancaman “segera” yang boleh membenarkannya bertindak secara unilateral. Menurut pentadbiran, konflik tersebut kini dianggarkan boleh berlarutan sehingga lapan minggu, hampir dua kali lebih lama daripada jangkaan asal Trump. Demokrat di kedua‑dua…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 06.03.2026
8 parti politik sertai musyawarah isu Islam, Bumiputera
KUALA LUMPUR 5 Mac – Lapan parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera menyertai Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini. Pertemuan yang bertujuan berbincang serta mencari titik persefahaman mengenai isu kepentingan agama dan kaum itu disertai wakil UMNO, Pas, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Berjasa, Kimma, dan Parti Ikatan Bangsa (Ikatan). Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam perkongsian melalui Facebook berkata, beliau diamanahkan oleh Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan musyawarah kali pertama ini…
Read MoreBerita pilihan…
Trump dakwa AS kukuh hadapi Iran
WASHINGTON – Presiden Donald Trump, yang mendakwa bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Israel berada dalam kedudukan kukuh berdepan peperangan menentang Iran, berikrar untuk terus mara menentang republik Islam itu. Trump berkata, individu yang berpotensi menggantikan pemimpin tertinggi Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei, ‘akan berakhir dengan kematian’ manakala keupayaan ketenteraan Tehran sedang dimusnahkan dengan pantas. “Kita menunjukkan prestasi baik di medan perang, jika hendak dipermudahkan, jika seseorang bertanya pada skala 10, bagaimana penilaian saya? Saya katakan sekitar 15. Kita kini berada dalam kedudukan yang sangat kukuh, dan kepimpinan mereka semakin…
Read MoreSepanyol ulangi “tidak kepada perang”
MADRID – Sepanyol mengulangi penolakannya terhadap penggunaan pangkalan tenteranya oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Iran, selepas ugutan tindakan perdagangan oleh Presiden Donald Trump memburukkan lagi keretakan antara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu. Perdana Menteri, Pedro Sanchez, sekali lagi melaungkan pendirian “tidak kepada perang” susulan serangan hujung minggu AS–Israel ke atas Iran yang mencetuskan konflik serantau. Beberapa jam kemudian, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata Madrid telah “bersetuju untuk bekerjasama dengan tentera AS”, tanpa memperincikan bentuk kerjasama tersebut. Bagaimanapun, Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, memberitahu radio…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 05.03.2026
ADUN Bukit Tambun ganti Fahmi
TANJONG 4 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik, dilantik Exco kerajaan negeri yang baharu menggantikan ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, yang perkhidmatannya berakhir hari ini. Pelantikan Choon Aik diperkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Ramli Ngah Talib. Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri hari ini, pelantikan dibuat selaras Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan berkuat kuasa mulai tarikh istiadat pengurniaan serta majlis mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Menurut Pejabat Ketua Menteri, istiadat pengurniaan…
Read More