Lebih 1,800 penerbangan batal

LEBIH 1,800 penerbangan dibatalkan di seluruh Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran semalam.

Serangan itu mengakibatkan gangguan besar operasi penerbangan dan memaksa kebanyakan negara menutup ruang udara mereka, antaranya Israel, Qatar, Syria, Iran, Iraq, Kuwait dan Bahrin.

Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan FlightRadar24, tiada aktiviti penerbangan juga dilaporkan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), selepas negara itu mengumumkan penutupan sementara dan separa ruang udara mereka.

Keadaan itu menyebabkan penutupan lapangan terbang utama di Dubai, Abu Dhabi dan Doha, serta pembatalan ribuan penerbangan oleh syarikat penerbangan utama Asia Barat.

Tiga syarikat penerbangan utama yang beroperasi di tiga lapangan berkenaan membabitkan syarikat Emirates, Qatar Airways dan Etihad kebiasaannya mengendalikan kira-kira 90,000 penumpang sehari melalui hub berkenaan.

Gangguan penerbangan di Asia Barat turut menjejaskan operasi di lapangan terbang utama yang menghubungkan Eropah, Afrika dan Barat ke Asia.

Related posts

Leave a Comment