Briefings & Statements JOINT STATEMENT ON UNITED STATES-MALAYSIA AGREEMENT ON RECIPROCAL TRADE The White House October 26, 2025 The Government of the United States of America (“the United States”) and the Government of Malaysia have reached agreement on an Agreement on Reciprocal Trade (“the Agreement”) to strengthen our bilateral economic relationship, which will provide both countries’ exporters unprecedented access to each other’s markets. The Agreement will build upon our longstanding economic relationship, including the United States-Malaysia Trade Investment Framework Agreement signed in 2004. Key terms of the Agreement on Reciprocal Trade between the…
Read MoreDay: October 26, 2025
RTM silap sebut nama tiga pemimpin
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Jabatan Penyiaran Malaysia memohon maaf atas kesilapan pengulas siaran yang tersilap menyebut nama Presiden Indonesia, Perdana Menteri Singapura serta Perdana Menteri Thailand ketika siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini. Menurut kenyataan rasmi RTM, siasatan dalaman mendapati terdapat kesilapan oleh pengulas siaran yang menyebut nama Presiden Republik Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan pemimpin yang terkini ialah Prabowo Subianto. “RTM memandang serius perkara ini dan tindakan sewajarnya telah diambil terhadap individu terbabit.Kami dengan ini, memohon maaf kepada Presiden dan Kerajaan Republik…
Read MoreSejarah tercipta penyertaan Timor-Leste
KUALA LUMPUR 26 Okt . – “Hari ini, sejarah tercipta. Timor-Leste diterima sebagai negara anggota ASEAN ke-11,”, kata Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão. Beliau menyifatkan penyertaan negara itu ke dalam ASEAN bukan sahaja sebagai impian yang direalisasikan dan penegasan kukuh terhadap perjalanan rakyatnya yang ditempuhi dengan ketabahan, keazaman dan harapan. Berucap pada majlis menandatangani Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini hari ini, Gusmão berkata, pencapaian itu juga mengesahkan visi ASEAN sebagai sebuah keluarga negara yang benar-benar bersatu yang terikat dengan nilai…
Read MorePerjanjian damai ditandatangani
KUALA LUMPUR 26 Okt . – Thailand dan Kemboja hari ini menandatangani perjanjian damai menamatkan pertelingkahan dan memulihkan keamanan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara itu. “Delivering Peace – Cambodia-Thailand Peace Deal”, itu ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. Pemeteraian itu disaksikan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Perjanjian damai berkenaan…
Read MoreDr MAZA tegur sambutan terlalu meriah
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) menegur sambutan terlalu meriah yang disediakan kerajaan bagi meraikan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke negara ini. Jelasnya, sambutan yang dimeriahkan dengan tarian kebudayaan dan pelbagai lagi acara sampingan, tidak melambangkan prinsip Malaysia yang membantah tindak tanduk Trump ke atas penduduk Gaza. “Saya tiada masalah untuk menyambut Trump sebagai seorang ketua negara yang hadir atas urusan diplomatik dan pentadbiran antara kerajaan. Sambut sekadarnya. Namun, sambutan yang terlebih meriah dengan tarian dan segala macam, bagi saya…
Read MoreTimor-Leste anggota ASEAN ke-11
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Timor-Leste secara rasminya menjadi negara anggota ASEAN ke-11 selepas 14 tahun negara itu memohon untuk menyertai blok serantau itu pada tahun 2011 setelah merdeka pada tahun 2002. Penyertaan direalisasikan sempena Majlis Menandatangani Deklarasi Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN yang ditandatangani semua 11 pemimpin negara anggota yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Detik penuh bermakna menyusul selepas bendera Timor-Leste dipasang di atas pentas sebaris dengan 10 negara anggota lain, menandakan simbolik penyertaan. Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão, dalam ucapan pertama selepas secara rasmi menjadi Negara…
Read MoreBerita pilihan….
Kamala Harris mahu tanding semula?
LONDON – Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, berkata beliau mungkin akan bertanding semula untuk jawatan Presiden sebagai calon Parti Demokrat untuk pilihan raya 2028. Harris, yang menggantikan Joe Biden sebagai calon Presiden Demokrat 2024 tetapi tewas kepada Donald Trump, memberitahu saluran BBC bahawa beliau belum selesai” dalam arena politik Amerika. “Saya belum memutuskan lagi apa yang akan saya lakukan pada masa hadapan, selain daripada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya. Walaupun belum memutuskan sama ada akan membuat percubaan semula merebut kerusi di Rumah Putih Harris berkata, anak…
Read MoreCatherine Connolly Presiden Ireland
DUBLIN – Calon Bebas berhaluan kiri, Catherine Connolly dipilih sebagai presiden baharu Ireland selepas mencatatkan kemenangan besar beliau ke atas calon yang disokong kerajaan, Heather Humphreys. Connolly, 68 wanita dari Galway itu memperoleh 914,143 undi atau 63 peratus undi dengan kemenangan besar di beberapa kawasan pilihan raya termasuk Dublin, Galway, Donegal, Clare, Meath dan Waterford serta Donegal. Presiden ke-10 yang menjadi ahli parlimen sejak 2016 itu menewaskan Humphreys calon gabungan pemerintah Fine Gael-Fianna Fail yang memperoleh 29 peratus manakala calon menarik diri Jim Gavin mendapat 7 peratus. Kemenangan Connolly menandakan…
Read More