Kamala Harris mahu tanding semula?

LONDON – Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, berkata beliau mungkin akan bertanding semula untuk jawatan Presiden sebagai calon Parti Demokrat untuk pilihan raya 2028.

Harris, yang menggantikan Joe Biden sebagai calon Presiden Demokrat 2024 tetapi tewas kepada Donald Trump, memberitahu saluran BBC bahawa beliau belum selesai” dalam arena politik Amerika.

“Saya belum memutuskan lagi apa yang akan saya lakukan pada masa hadapan, selain daripada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.

Walaupun belum memutuskan sama ada akan membuat percubaan semula merebut kerusi di Rumah Putih Harris berkata, anak saudara perempuannya yang masih kecil akan melihat seorang Presiden wanita di Oval Office “dalam hidup mereka, itu pasti.”

“Saya telah menjalani keseluruhan kerjaya saya dalam kehidupan berkhidmat, dan ia ada dalam diri saya, dan terdapat banyak cara untuk berkhidmat,” kata Harris kepada penyiar Britain itu dalam temu bual yang akan disiarkan sepenuhnya hari ini.

Temu bual itu menyusuli pelancaran memoir beliau bulan lalu, di mana beliau berpendapat bahawa ia adalah satu kecuaian untuk membiarkan Biden bertanding untuk penggal kedua sebagai Presiden.

Beliau juga menuduh pasukan Rumah Putih Biden gagal menyokongnya ketika beliau menjadi timbalannya, malah pada masa tertentu secara aktif menghalang beliau.

Nnn

Related posts

Leave a Comment