Wee Ka Siong kekal Presiden MCA

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Dr Wee Ka Siong berjaya mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas mengalahkan pencabarnya bekas ahli jawatankuasa pusat,  Tan Chong Seng.

Terdahulu, Timbalan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang jawatan itu iaitu Dr Mah Hang Soon

Empat Naib Presiden pula merupakan gandingan muka lama dan baharu iaitu dua penyandang  Lim Ban Hong dan  Tan Teik Cheng manakala dua lagi muka baharu, Dr Wee Jeck Seng dan  Lawrence Low.

Ti Lian Ker gagal mempertahankan jawatan itu manakala dua lagi yang turut tewas adalah bekas Ketua Pemuda Nicole Wong dan Ketua Wanita Sabah, Dr. Pamela Yong.

Related posts

Leave a Comment