Dr MAZA tegur sambutan terlalu meriah

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) menegur sambutan terlalu meriah yang disediakan kerajaan bagi meraikan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke negara ini.

Jelasnya, sambutan yang dimeriahkan dengan tarian kebudayaan dan pelbagai lagi acara sampingan, tidak melambangkan prinsip Malaysia yang membantah tindak tanduk Trump ke atas penduduk Gaza.

“Saya tiada masalah untuk menyambut Trump sebagai seorang ketua negara yang hadir atas urusan diplomatik dan pentadbiran antara kerajaan. Sambut sekadarnya.

Namun, sambutan yang terlebih meriah dengan tarian dan segala macam, bagi saya tidak melambangkan bantahan kita terhadap tindakan jahat beliau selama ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau mengingatkan bahawa Trump adalah di belakang kejahatan puak yang pernah disumpah menjadi kera dan khinzir.

“Bayangkan jika Trump ke negara-negara Eropah di saat ini. Tentu beliau disambut dengan bantahan rakyat di sana. Beliau akan turun dengan wajah yang serius dan perasaan yang berbaur kerana tahu beliau tidak disukai.

Di sini, beliau turun sambil menari kegembiraan kerana anak-anak Malaysia menyambut beliau dengan tarian,” katanya.

Dr MAZA  berkata genoside dan segala bantuan senjata dan veto yang Trump gunakan untuk membolehkan itu semua berlaku bagai tiada kesan ke atas dirinya di negara-negara orang muslim.

“Menyedihkan.,” kata Dr MAZA.

NNNN

Related posts

Leave a Comment