Sekatan EU terhadap Russia

BRUSSELS – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengumumkan tindakan baharu untuk menghukum Russia selepas peluru berpandu negara itu membedil kawasan yang hampir dengan pejabat diplomatik Kesatuan Eropah (EU) di Kyiv. Beliau memberitahu, pihaknya akan membentangkan pakej sekatan ke-19 yang lebih keras, tidak lama lagi. Bercakap pada wartawan, beliau memberitahu, pihaknyq juga mempercepatkan usaha berkaitan aset Russia dibekukan untuk menyumbang kepada pertahanan dan pembinaan semula Ukraine. Tentera Udara Ukraine mendakwa bahawa Russia menyerang Ukraine dengan 629 dron, peluru berpandu dan peluru berpandu krus sejak petang Rabu lalu sehingga membunuh…

Read More

Pengimport vape etomidate boleh dipenjara

SINGAPURA – Mulai 1 September ini, Singapura akan mengenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan 15 sebatan terhadap pengimport rokok elektronik etomidate, sebagai sebahagian daripada tindakan baharu yang keras terhadap ancaman penyalahgunaan bahan yang dikaitkan dengan peranti itu. Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataan bersama memaklumkan penjual serta pengedar akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan lima sebatan. Individu yang didapati menggunakan rokok elektronik etomidate atau positif saringan etomidate tidak lagi hanya dikenakan denda sebaliknya mereka boleh diarahkan menjalani pemulihan, rawatan, pengawasan mandatori dan penahanan.…

Read More

Sidang Dewan Rakyat berakhir

KUALA LUMPUR 28 Ogos  – Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang bermula 21 Julai lepas ditangguhkan hari ini, menyaksikan 19 rang undang-undang dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) diluluskan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata turut diluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 dan usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2023. Turut diadakan tiga penerangan menteri dan empat penerangan Jawatankuasa Pilihan Khas. Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan terhadap Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi meningkatkan akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat manakala Jawatankuasa Pilihan Khas…

Read More

Bahas RUU PSB pada sidang Parlimen Oktober

KUALA LUMPUR 28 Ogos  – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 yang dibentang untuk bacaan kali kedua hari ini ditambah baik dengan menaikkan nilai ambang persetujuan untuk diseragamkan ke paras 80 peratus. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata ia sebagai menghormati dan menyantuni pandangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi melalui sesi perbincangan khas diadakan pada minggu lalu. “Fasal 19 RUU PSB ini juga akan dipinda untuk menaikkan nilai ambang persetujuan. Kesemua nilai ambang ini diseragamkan ke paras 80 peratus tanpa mengira…

Read More

Ahli Parlimen BN mahu RUU PSB ditangguh

REMBAU 28 Ogos – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) perlu dilihat semula dengan memberi ruang perbincangan secara menyeluruh membabitkan semua pihak, kata Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan. Justeru, Ahli Parlimen BN turut membincangkan perkara berkaitan RUU itu dan berpandangan RUU PSB wajar ditangguhkan yang turut mengambil kira kebimbangan serta bantahan yang dibangkitkan banyak pihak. “Saya telah mengadakan mesyuarat dengan semua Ahli Parlimen BN, dengan semua menyatakan kebimbangan serta mahu supaya RUU itu ditangguhkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kebajikan di Dewan Orang Ramai Rantau, di sini, hari…

Read More

Wakil PN keluar Dewan Rakyat tanda protes Speaker

KUALA LUMPUR 28 Ogos  – Ahli Parlimen pembangkang keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker,  Johari Abdul berhubung keperluan merujuk terlebih dulu rang undang-undang (RUU) baharu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP). Tindakan itu dilakukan  selepas selesai urusan undian belah bahagian RUU Perolehan Kerajaan 2025 peringkat bacaan kali kedua, menyebabkan sebilangan Ahli Parlimen tidak berada dalam dewan ketika RUU dibaca pada kali ketiga sebelum diluluskan. Sebelum itu, Johari mengumumkan RUU itu diluluskan selepas 125 Ahli Parlimen menyokong, 63 lagi menolak, seorang tidak mengundi sementara…

Read More

RUU PSB: UMNO, MP Sabah, Sarawak diminta berkecuali

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Perikatan Nasional (PN);menggesa ahli parlimen daripada Sabah dan Sarawak supaya tidak mengambil bahagian dalam undian Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dijangka dibentangkan hari ini. Ketua Pembangkang  Hamzah Zainudin berkata, ini kerana RUU berkenaan terpakai untuk Semenanjung sahaja serta untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Bagaimanapun katanya, seorang Ahli Parlimen Bersatu iaitu Ronald Kiandee (PN-Beluran) berhak mengundi kerana mempunyai rumah di Semenanjung. “Anda  (rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak) bukan sebahagian daripada undang-undang itu, anda tidak sepatutnya terlibat. Tolong benarkan kami di Semenanjung…

Read More

RUU PSB: Kemuka penambahbaikan bukan dakwaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pihak yang membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025, perlu mengemukakan syor untuk penambahbaikan bukan membuat pelbagai dakwaan. Beliau mengakui kemungkinan wujud beberapa kelemahan tetapi ia bukanlah alasan untuk pihak tertentu membantahnya dengan dakwaan kerajaan mahu merampas rumah rakyat bagi memberi laluan kepada pembangunan semula. “Soal nilai ambang (yang menjadi antara pertikaian dalam RUU berkenaan) boleh dibincangkan masa perbahasan, tetapi saya mahu sebut pengalaman peribadi dan saya percaya Yang Berhormat boleh lihat seperti rumah Sri Perlis di sini, (dilengkapi) satu…

Read More