Ahli Parlimen BN mahu RUU PSB ditangguh

REMBAU 28 Ogos – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) perlu dilihat semula dengan memberi ruang perbincangan secara menyeluruh membabitkan semua pihak, kata Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan.

Justeru, Ahli Parlimen BN turut membincangkan perkara berkaitan RUU itu dan
berpandangan RUU PSB wajar ditangguhkan yang turut mengambil kira kebimbangan serta bantahan yang dibangkitkan banyak pihak.

“Saya telah mengadakan mesyuarat dengan semua Ahli Parlimen BN, dengan semua menyatakan kebimbangan serta mahu supaya RUU itu ditangguhkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kebajikan di Dewan Orang Ramai Rantau, di sini, hari ini.

RUU PSB 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini.

Ia bertujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.

Mohamad berkata selain perlu dilihat dan dikaji semula, perbincangan lanjut juga perlu diadakan terlebih dulu dengan semua pihak.

“Ia penting supaya tidak ada mana-mana pihak apabila RUU PSB itu diluluskan kelak akan ada yang menjadi mangsa,” katanya.

Mengenai kebimbangan berkait RUU itu, beliau berkata jika ia diluluskan nanti akan memberi kuasa untuk membangunkan sesuatu kawasan tanpa mendapat restu daripada pemilik.

“Kami (Ahli Parlimen BN) amat risau dengan ambang yang dinyatakan, sepatutnya kita mesti mendapatkan 100 peratus persetujuan daripada semua pemilik premis tapi ini kita nak turunkan kepada 80 peratus saja. Apa jadi dengan hak 20 peratus ini… ini perlu kita lihat.

“Misalnya nak bangunkan di Rantau ini, mereka boleh bangunkan kawasan tanpa mendapat restu daripada pemilik dan syarikat boleh bertindak membangunkan mana-mana kawasan yang dia suka.

“Jadi, ini kerisauan dan saya membawa suara daripada semua Ahli Parlimen BN supaya menangguhkan RUU ini. Pastikan supaya semua pihak yang terbabit dibawa berunding dulu,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment