PARIS – Susulan suhu yang meningkat mendadak, Menara Eiffel akan ditutup pada pukul 4 petang (1400 GMT) pada Sabtu dan Ahad berbanding waktu operasi biasa sehingga 12.45 tengah malam (2245 GMT) keesokan harinya.
Muzium Louvre dan Muzium Orsay di Paris turut memendekkan waktu operasinya. Muzium Louvre akan ditutup pada 4 petang sehingga 13 Julai, manakala Muzium Orsay akan ditutup pada 5 petang (1500 GMT) sehingga 15 Julai.
Menurut laporan media Perancis, kira-kira satu perempat daripada wilayah negara itu kini berada di bawah amaran merah susulan gelombang haba melampau.
Meteo-France meramalkan suhu maksimum di Paris mencecah 36 darjah Celsius pada Sabtu, manakala beberapa kawasan lain di negara itu dijangka merekodkan suhu antara 39 hingga 40 darjah Celsius.
Gelombang haba semasa dijangka berterusan sehingga pertengahan minggu depan.
