37,538 aduan kacau ganggu anjing terbiar

KUALA LUMPUR 28 Ogos  – Pihak berkuasa tempatan (PBT) menerima sebanyak 37,538 aduan kacau ganggu anjing terbiar sepanjang tahun lalu dan sebanyak 15,815 operasi berkaitan dilaksanakan dalam tempoh yang sama. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan operasi itu, sebanyak 66,264 anjing terbiar ditangkap di mana 19,354 anjing sudah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dituntut semula oleh pemilik dan melalui program anjing angkat. “Usaha yang berterusan menerusi kaedah tangkapan, tuntutan semula, adopsi atau serahan kepada NGO (badan bukan kerajaan) serta pelupusan (TRRD) ini akan dilaksanakan bagi…

Read More

Teringat lelaki tua tidak hormat bendera ditendang

PUTRAJAYA  28 Ogos – Bendera adalah simbol utama kedaulatan sesebuah negara yang merdeka dan kemuliaannya perlu dipertahankan sekalipun jika perlu menggadai nyawa, kata  Dr Mahathir Mohamad. Mantan Perdana Menteri itu berkata, mana-mana negara yang mencapai kemerdekaan, antara perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat bendera baharu. Dalam hal ini, Dr Mahathir menarik perhatian apabila Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahma Putra al-Haj melaungkan Merdeka sebanyak tiga kali, bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. “Ini bermakna bendera adalah simbol yang melengkapkan kemerdekaan itu kerana jika bendera penjajah…

Read More

Pindah penduduk Gaza tidak dapat dielak

TEL AVIV – Pemindahan penduduk Bandar Gaza tidak dapat dielakkan menjelang serangan tentera besar-besaran yang sedang dirancang. Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Avichay Adraee, menerusi platform X, turut menasihati penduduk bandar itu supaya bersedia meninggalkan kawasan berkenaan. Beliau berkata, pasukan Israel sudah meninjau kawasan luas yang kosong di selatan bandar itu bagi membantu penduduk berpindah serta akan disediakan khemah dan dibangunkan infrastruktur bagi mengagihkan bantuan serta air. “Setiap keluarga yang berpindah ke selatan akan menerima bantuan kemanusiaan paling besar, yang sedang diusahakan ketika ini,” katanya. Bagaimanapun, kumpulan bantuan memberi amaran…

Read More

Anak Gaza tidak bermaya walaupun menangis

WASHINGTON – Kanak-kanak Gaza yang kebuluran kini terlalu lemah sehingga tidak bermaya walaupun untuk menangis, demikian gambaran mengerikan yang didedahkan pertubuhan ‘Save the Children’. Presiden ‘Save The Children’, Inger Ashing berkata, kebuluran yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu kini semakin buruk di Gaza dan ia bukan sekadar istilah teknikal. “Apabila makanan tidak mencukupi, kanak-kanak akan kurang zat makanan secara akut dan kemudian mati secara perlahan serta menyakitkan. Inilah makna kebuluran dalam bahasa mudah,” katanya pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai konflik Israel-Palestin. Beliau menerangkan mengenai keadaan apabila…

Read More

RON97,, disel nak tiga sen

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) mengumuman harga runcit petrol RON97 dan diesel dSemenanjung Malaysia masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh 28 Ogos hingga 3 September depan. Dalam  kenyataan hari ini, MOF memaklumkan harga baharu RON97 ditetapkan pada RM3.16 seliter berbanding RM3.13 seliter minggu lalu. Katanya, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah iaitu RM2.15 seliter. “Pelarasan harga dibuat berdasarkan formula Kaedah Harga Automatik(APM) yang mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia. Kerajaan akan terus memantau perkembangan…

Read More

Rumah, tanah kita bukan milik majoriti – Dr Akmal

SEPANG 27 Ogos  – “Rumah dan tanah kita milik kita. Bukan milik majoriti!!” demikian mesej Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025. Beliau berkata, RUU itu menurunkan ambang persetujuan untuk pembaharuan bandar sedangkan zaman BN dahulu, kerajaan boleh membangunkan bandar tanpa mengurangkan ambang persetujuan. “Esok akan dibentangkan RUU URA. Antara perkara yang kita tak boleh terima adalah untuk menurunkan ambang persetujuan. Kalau dulu nak bangunkan satu kawasan bandar, mesti dapatkan 100 peratus persetujuan. “Tapi kali ini nak turun kepada 80…

Read More

Bomba turunkan bendera terbalik

GOMBAK 27 Ogos – Bomba biasanya dipanggil bagi memadam kebakaran, mengeluarkan mangsa nahas jalan raya atau menangkap ular, tetapi baru-baru ini membantu menurunkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik. Kejadian berlaku di tingkat satu bangunan sebuah premis kedai kasut di Jalan Medan Batu Caves 1, yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam satu kenyataan berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada pukul 11.29 pagi pada 23 Ogos lalu. Katanya , siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah…

Read More