Sekatan EU terhadap Russia

BRUSSELS – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengumumkan tindakan baharu untuk menghukum Russia selepas peluru berpandu negara itu membedil kawasan yang hampir dengan pejabat diplomatik Kesatuan Eropah (EU) di Kyiv.

Beliau memberitahu, pihaknya akan membentangkan pakej sekatan ke-19 yang lebih keras, tidak lama lagi.

Bercakap pada wartawan, beliau memberitahu, pihaknyq juga mempercepatkan usaha berkaitan aset Russia dibekukan untuk menyumbang kepada pertahanan dan pembinaan semula Ukraine.

Tentera Udara Ukraine mendakwa bahawa Russia menyerang Ukraine dengan 629 dron, peluru berpandu dan peluru berpandu krus sejak petang Rabu lalu sehingga membunuh sekurang-kurang 14 orang.

Von der Leyen berkata, dua peluru berpandu menghentam dalam tempoh selang 20 saat pada jarak 50 meter dari pejabat EU. Bagaimanapun tiada kakitangan yang cedera tetapi bangunan berkenaan rosak akibat serangan itu.

Ketua Diplomat EU, Kaja Kallas, mengesahkan bangunan berkenaan rosak akibat serangan itu.

Sementara itu, kerja-kerja untuk pakej sekatan ke-19 terhadap Russia, diumumkan beberapa minggu lalu.

Menurut diplomat, serangan terbaru Russia itu boleh membawa kepada usaha berkaitan yang lebih giat dan langkah lebih keras.

Von der Leyen secara berasingan turut mengumumkan lawatan ke tujuh negara EU membabitkan Latvia, Finland, Estonia, Poland, Lithuania, Bulgaria dan Romania, mulai hari ini bagi membincangkan cabaran berkaitan sempadan luar EU dengan Russia serta Belarus.

Related posts

Leave a Comment