Lima penyandang jawatan utama Pas kekal

ALOR SETAR 30 Ogos – Lima jawatan utama Pas – Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, dimenangi tanpa bertanding menjelang pemilihan pada muktamar parti yang akan berlangsung di Kota Sarang Semut dekat sini bulan depan. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, ketika mengumumkan perkara itu turut mengesahkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, menolak pencalonan kali ketiga untuk merebut jawatan Naib Presiden. Bagaimanapun, beliau memaklumkan, Muhammad Sanusi kekal bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat bagi penggal 2025-2027, selain terus memainkan peranan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.…

Read More

PNB lancar perlindungan takaful ASNB COVR

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) melancarkan ASNB COVR, inisiatif menggabungkan pelaburan unit amanah bersama perlindungan takaful dengan sasaran penyertaan 10 peratus daripada 13 juta pemegang unit ASNB. Menerusi ASNB COVR, pemegang unit hanya membayar sebanyak RM40 sebulan untuk menikmati perlindungan takaful sehingga RM100,000. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Fadzihan Abbas berkata ASNB COVR adalah kolaborasi antara ASNB dan Takaful Ikhlas Family Bhd (TIFB), selaras dengan matlamat Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi. ASNB COVR adalah perkhidmatan perlindungan takaful…

Read More

Putra bantah pilihan raya kerajaan tempatan

SEPANG 30 Ogos – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan tegas membantah cadangan pelaksanaan semula pilihan raya kerajaan tempatan (PRKT) di bandar-bandar utama negara, khususnya di Wilayah Persekutuan. Ketua Penerangannya Shahrulufti Sharif berkata, pendirian itu bukan bersifat emosi atau retorik politik, tetapi berasaskan analisis struktur demografi dan realiti sosio-ekonomi semasa yang menunjukkan ketidakseimbangan dalam penguasaan bandar. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kajian dan data rasmi menunjukkan bahawa hampir 80 peratus pemilikan hartanah, aktiviti ekonomi dan pengaruh pentadbiran bandar tertumpu kepada satu kelompok etnik. Dalam keadaan ini, pelaksanaan PRKT berisiko mengukuhkan dominasi…

Read More

AS halang Abbas hadir UNGA

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak akan membenarkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, ke New York bulan depan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Seorang pegawai Jabatan Negara AS berkata Abbas dan kira-kira 80 rakyat Palestin lain juga akan terjejas oleh keputusan menafikan dan membatalkan visa daripada anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PA) dan Pihak Berkuasa Palestin (PLO) yang berpangkalan di Tebing Barat. Abbas merancang ke New York bagi menghadiri UNGA peringkat tinggi tahunan di ibu pejabat PBB di Manhattan, di mana pada perhimpunan kali ini beberapa negara sekutu AS…

Read More

Calon PM Thai dalam tempoh terdekat

BANGKOK – Calon Perdana Menteri Thailand akan diumumkan dalam masa terdekat, susulan pemecatan Paetongtarn Shinawatra oleh Mahkamah Perlembagaan semalam. Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, berkata Parti Pheu Thai yakin ia akan terus mengetuai gabungan dan membentuk kerajaan baharu. Phumtham, yang juga anggota Parti Pheu Thai, menegaskan bahawa kerajaan gabungan kekal bersatu dan komited untuk bekerjasama. “Gabungan telah memberi mandat kepada Pheu Thai untuk meneruskan, dan kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Chaikasem (Nitisiri) tidak mempunyai sebarang masalah. Beliau kekal sebagai calon perdana menteri daripada Pheu Thai,” katanya pada…

Read More

Tebus barang Sara di 4,600 kedai

PUTRAJAYA 29 Ogos – Sebanyak 4,600 kedai terpilih akan menawarkan barangan asas yang disenaraikan untuk ditebus penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 bermula 31 Ogos ini. Jumlah kedai terpilih meningkat berbanding 4,100 yang diumum sebelum ini bagi memudahkan orang ramai membelanjakan bantuan Sara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata individu berusia 18 tahun ke atas yang ingin menyemak jumlah baki bantuan Sara boleh berbuat demikian melalui pautan rasmi di sara.gov.my. “Setiap orang dewasa berusia 18 tahun ke atas akan mendapat RM100 yang dimasukkan ke dalam MyKad dan boleh…

Read More

Tol percuma sebulan lebuh raya EKVE

AMPANG 29 Ogos – Pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) fasa pertama yang menghubungkan Sungai Long ke Ampang akan menikmati tol percuma selama sebulan mulai pukul 6 pagi 30 Ogos sehingga 11.59 malam 30 September ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan demikian pada perasmian  pembukaan Seksyen Satu Persimpangan Bertingkat Sungai Long ke Persimpangan Bertingkat Ampang Lebuhraya EKVE di Plaza Tol Ampang di sini, hari ini. Katanya, pengecualian itu adalah sempena pembukaan rasmi dan sambutan Hari Kebangsaan. Beliau juga berharap pembinaan jajaran Seksyen 2 Lebuhraya EKVE dapat disiapkan segera demi kemudahan…

Read More

Mohon inkues kematian Syamsul Haris

KAJANG 29 Ogos – Jabatan Peguam Negara diminta untuk mengadakan inkues kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin. Peguam keluarga Allahyarham, Naran Singh Ara Singh, berkata pihaknya berharap agar arahan untuk mengadakan inkues segera dikeluarkan selepas bedah siasat kedua p dilaksanakan. “Walaupun pada awalnya pihak Peguam Negara membantah pelaksanaan bedah siasat itu, akhirnya ia berjaya dijalankan selepas mahkamah mengeluarkan arahan. “Saya berharap selepas ini inkues juga akan diwajibkan agar kebenaran dapat dicapai, sama seperti kes Zara (Allahyarham Zara Qairina) dahulu di mana proses bedah siasat…

Read More