Cheras catat IPU tidak sihat tertinggi

PUTRAJAYA 10 Okt. – Sebanyak empat kawasan di tiga negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi adalah di Cheras iaitu 169.

Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Batu Pahat, Johor (158), Bukit Rambai, Melaka (156) dan Larkin, Johor (137).

APIMS turut mencatatkan bacaan IPU di 60 stesen lain pada tahap sederhana dan hanya empat kawasan Keningau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah mempunyai kualiti udara yang baik.

Untuk rekod bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Related posts

Leave a Comment