68.73 peratus keluar mengundi

ISKANDAR PUTERI 12 Julai – Seramai 1,874,918 atau 68.73 peratus pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Ramlan Harun berkata jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang telah mengundi.

Pada masa sama, beliau berkata, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung semalam dan pengundi berdaftar dapat menunaikan hak serta tanggungjawab mereka.

“Tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya,’ katanya padaxsidang media di Bilik Gerakan Utama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bangunan Sultan Ismail di sini.

Katanya, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada pilihan raya kali ini manakala, lapan kerusi lagi berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan keputusan penuh itu, Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak memenangi sebarang kerusi ditandingi mereka.

Enam calon bebas juga gagal memperoleh sebarang kemenangan.

BN berjaya merampas lapan kerusi milik penyandang parti lain termasuk dari PH iaitu kerusi DUN Johor Jaya, Perling, Bukit Batu, Jementah dan Tangkak, manakala kerusi milik penyandang dari PN iaitu Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

Nnn

Related posts

Leave a Comment