ACCCIM minta tangguh SST hingga 2026

KUALA LUMPUR 28 Jun – Kerajaan digesa menangguhkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan, daripada 1 Julai ini kepada Januari 2026 untuk memberikan lebih banyak masa persediaan berikutan beberapa aspek yang masih memerlukan penjelasan. Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) juga menggesa kerajaan untuk mengurangkan peluasan SST kepada kadar lebih rendah sebanyak empat peratus dalam tempoh dua tahun pertama (2026-2027) bagi meringankan beban cukai terhadap perniagaan dan pengguna. Dalam kenyataan hari ini, ACCCIM berkata peluasan SST dikenakan kepada perkhidmatan tambahan (pusat kesihatan, kewangan dan penjagaan kesihatan)…

Read More

Pil dalam tepung agihan GHF?

GAZA – Pihak berkuasa Gaza menggesa siasatan antarabangsa selepas pil opioid jenis oxycodone ditemui dalam bungkusan tepung diagihkan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Menurut kenyataan pejabat media kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya empat penduduk melaporkan menemui pil berkenaan dalam bungkusan bantuan makanan. Beberapa saksi mendakwa bahan narkotik itu mungkin telah dihancurkan atau dicampur terus ke dalam tepung yang menimbulkan kebimbangan serius kesihatan dan dakwaan ia digunakan untuk melemahkan masyarakat. GHF turut dituduh cuba ‘meracun’ penduduk Gaza dan dikecam kerana didakwa terbabit dalam penyeludupan bahan terlarang serta…

Read More

Permulaan Covid-19 belum terjawab

GENEVA – Walaupun sudah menjalankan siasatan selama empat tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu, permulaan penularan Covid-19 masih belum dirungkai dan mungkin menjadi asas utama bagi mengekang wabak itu. Pertubuhan itu berkata pihaknya belum mencapai kesimpulan akibat kekurangan maklumat penting. WHO menganggarkan bencana global itu meragut kira-kira 20 juta nyawa, di samping melumpuhkan ekonomi, sistem kesihatan, dan menggoncang kehidupan manusia di seluruh dunia. Kes pertama dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019 dan memahami dari mana datangnya virus SARS-CoV-2 adalah kunci dalam usaha mencegah pandemik itu di masa depan. Namun,…

Read More

Kurma, limau mandarin dikecualikan cukai

PUTRAJAYA 27 Jun – Bagi mengurangkan beban rakyat serta melindungi perniagaan kecil daripada kesan peluasan cukai, kerajaan mengumumkan tiga pindaan terhadap pelaksanaan semakan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, pindaan itu membabitkan pengecualian cukai jualan ke atas buah-buahan import terpilih, kenaikan ambang jualan tahunan bagi pendaftaran cukai perkhidmatan, serta pembatalan cadangan peluasan cukai perkhidmatan kepada sektor kecantikan. Susulan itu, kurma dan limau mandarin dikecualikan daripada cukai jualan seperti epal dan oren yang  diumumkan semalam. “Selepas meneliti maklum balas yang diterima berkenaan cukai…

Read More

Hati-hati pilih pakej umrah, haji

KUALA LUMPUR 27 Jun  – Masyarakat Islam yang menyambut awal Muharam 1447 hari ini digesa berubah cara pemikiran sebelum membuat keputusan memilih pakej umrah atau haji susulan isu penipuan bagi menunaikan ibadah itu. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Teavel & Tours, Ida Riswana Idris ketika membuat gesaan itu merayu masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu, syarikat yang dipilih untuk berurusniaga. “Tolonglah hentikan kepercayaan bulat-bulat kepada iklan di media sosial, saudara mara, sahabat handai atau kumpulan usrah tok imam 100 peratus. Let’s do a bit of homework & research sebelum kita yakin…

Read More

Kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan

RIYADH – Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan dengan perjanjian baharu bernilai 492 juta pound (RM2.86 bilion) untuk tempoh dua tahun. Legenda Portugal berusia 40 tahun itu akan kekal bersama Al-Nassr untuk tempoh dua tahun lagi, dengan gaji asas mencecah 488,000 pound (RM2.83 juta) sehari. Bekas bintang Manchester United itu juga turut ditawarkan kemewahan lain untuk menjadi duta bagi kelab Arab Saudi itu dan pendapatannya mampu mencecah hingga RM3 bilion untuk dua tahun akan datang. Selain gaji tahun 178 juta pound (RM1.03 bilion) setahun, Ronaldo juga akan…

Read More

Tamatkan juga konflik Gaza, Russia-Ukraine

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, memuji usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam mencapai gencatan senjata antara Iran dengan Israel, dan berharap dapat membantu menamatkan konflik di Gaza dan perang Russia-Ukraine. “Saya memberitahu Trump bahawa – merujuk kepada usahanya dalam gencatan senjata antara Israel dengan Iran – tahap usaha yang sama juga diharapkan untuk membantu menamatkan konflik di Gaza dan perang Russia-Ukraine. “Penutupan Selat Hormuz akan menyebabkan masalah besar. Kami percaya Iran tidak akan mengambil langkah sedemikian,” kata Erdogan di Belanda. Erdogan turut menegaskan konflik terbaru antara…

Read More