Pas tumpu 126 kerusi Parlimen

SEPANG 13 Sept. – Jentera pilihan raya Pas dan Perikatan Nasional (PN) memberikan tumpuan kepada sekurang-kurangnya 126 kerusi Parlimen yang berpotensi tinggi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangan PN,  Annuar Musa, berkata jumlah berkenaan bagaimanapun tidak termasuk kerusi Parlimen di Sarawak.

Katanya, walaupun Pas tidak semestinya bertanding di semua 126 kerusi itu namun, parti berkenaan tetap bersedia memberikan sokongan dan membantu rakan sealiran yang bertanding di kawasan terbabit.

“Meskipun tidak semestinya Pas bertanding di semua 126 kerusi, namun menjadi prinsip dan amalan Pas untuk membantu rakan sealiran yang bertanding kelak,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Katanya, isu di mana dan berapa kerusi Pas bertanding diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan parti wala’ dengannya.

“Pas juga istiqamah menggarap gagasan dasar dan rencana untuk Malaysia yang lebih sejahtera,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kepemimpinan UMNO akan membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengendalikan perundingan kerjasama politik.

Selain itu, UMNO mempertimbangkan desakan perwakilan yang mahu parti itu memfokuskan rundingan secara terus dengan Pas berbanding PN.

Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, jawatankuasa berkenaan akan dibentuk oleh pucuk pimpinan parti bagi memetakan hala tuju serta strategi kerjasama politik pada masa akan datang.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment