Tamatkan juga konflik Gaza, Russia-Ukraine

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, memuji usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam mencapai gencatan senjata antara Iran dengan Israel, dan berharap dapat membantu menamatkan konflik di Gaza dan perang Russia-Ukraine.

“Saya memberitahu Trump bahawa – merujuk kepada usahanya dalam gencatan senjata antara Israel dengan Iran – tahap usaha yang sama juga diharapkan untuk membantu menamatkan konflik di Gaza dan perang Russia-Ukraine.

“Penutupan Selat Hormuz akan menyebabkan masalah besar. Kami percaya Iran tidak akan mengambil langkah sedemikian,” kata Erdogan di Belanda.

Erdogan turut menegaskan konflik terbaru antara Iran dengan Israel sekali lagi menyerlahkan betapa pentingnya keselamatan bekalan tenaga.

“Bagi Turkiye, kami sedang giat berusaha meningkatkan sumber tenaga kami sendiri.

Kami tidak menganggap Iran akan menghentikan bekalan gas asli ke Turkiye.

Ketika ini, bekalan gas asli kami dari Iran berjalan lancar dan kami tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya.

Menurut Erdogan: “Kami mengadakan pertemuan yang produktif dengan rakan saya, Trump, dan membincangkan hubungan dua hala, kerjasama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serta isu serantau dan global.

“Kami menyampaikan pendekatan berorientasikan penyelesaian kami mengenai isu serantau kepada Trump, dan mengharapkan sokongannya dalam hal ini. Trump memberikan maklum balas positif terhadap cadangan kami,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment